Saturday, September 24, 2005

Salam Takziah

Salam takziah aku ucapkan kepada keluarga Ustaz Harun yang pergi mengadap Ilahi beberapa hari lepas.....

Untuk pengetahuan korang...ustaz harun nie ialah ustaz yg ajar bahasa arab masa aku kat KISAS dulu...juga seorang warden...

Bnyk gak kisah lucu bila aku teringat ustaz Harun nie...

Antaranya, aku tertidur dalam kelas dia...waktu bahasa arab ler...time tue kul satu lebih and tengah azan..

sementara nak tunggu azan habis,aku pun tido jap...then tetiba jek dia datang depan aku and mengeluarkan suaranya yang kuat..

" Nta tido dalam kelas ana..."

Malu gak siot...dahler dok depan sekali...malu giler aa gan bebudak permpuan...

bak kata budak kisas..."erm, jatuh thiqah ler..."

Hajat nak bgn bila azan abis..then terhanyut laks...

but ok ler...tak kena something from dia...

ok gak aa daripada sorang kawan aku ni yang tido dalam kelas,then ustazah siap suruh basuh muka depan kelas gik...basuh muka gan air masak bebudak perempuan...

Ya Allah,kalo aku mmg malu giler...trus tak ngantuk dah....

Ustaz Harun nie meninggal sebab kencing manis,sebelum nie pun dah kena potong kaki dah...

Kesian gak kat dia...from KISAS,dia kene tukar ke ulu tembling,phg coz ada kata dia ie sokong parti pembangkang...

From there dia balik kelantan dan terus bersemadi di sana...

Moga ditempatkan bersama orang-orang soleh, dirahmati oleh ALLAH...Amin..

Thursday, September 22, 2005

Kembara Madrid( Spain)-Cherboug( France)-Russelsheim(Germany) '07 ?


Sejak taruk kat entry nie...ramai gak yang dok tanya ape ke mende nyer yang aku tulis nie?...

Tak kurangnya bnyk msg gak yang fidin terima nie....


Yang pastinya ialah satu impian aku untuk kembara di bumi tuhan ini pada tahun 2007...ahaks!

kenapa 2007?

Coz bnyk persiapan yang nak kena buat....

1) bersempena gan aku grads LLBs...( grads kali kedua)
2) Sempat ler aku menyimpan duit tuk gik sana...nak gik gan duit sendiri..baru terasa cam best giler....

Pastu orang tanya,kenapa nak tempat cam gitu?

Coz aku ada kawan and makcik kat sana..so cam senang sket kot nak tunjuk jalan etc...

Pepun doakan agar segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan ALLAH segalanya...


P/s Alhamdulillah exam criminal procedure dah diawalkan ke 16hb 10 2005...so jadual dah tak pack giler...

Wednesday, September 21, 2005

Kembara Madrid-Cherboug-Russelsheim '07


Hikmah Kembara

Di sini kau berdiri berpijak di bumi
Menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau terfikir alam penuh rahsia
Anugerah yang Maha Esa

Berjalan bermusafirlah...
Melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk
Mereka yang berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia

Tiada beza warna kulit atau rupa
Yang ada hanya insan yang lemah...
Dengan satu tujuan mencari keredhaan
Dan berbudi di bumi Tuhan...

Fikirkanlah...ke mana arah kita
Renungilah...
Hikmah kembara menuju kasih
Buktikan cinta kita kepadaNya...
Ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah...
tuk melihat kebesaranNya
Lantas berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia..



Apa itu kembara Madird-Cherboug-Russelsheim '07?

Korang mesti tertanya-tanya kan?

Program Lawatan Lawsoc or Src ke? konvoi ke?


Tapi yang pasti ianya adalah :

"sebuah kembara yang akan bermula dan pasti akan memberi kenyataan kepada suatu impian.."



p/s : Kredit tuk kayusakti coz aku 'curik' gambar dia

Sunday, September 18, 2005

KUL - INCH - KUL


Semlam seharian gik KL tuk settlekan pasal pasport gan flight ticket razwan tuk dia gik Korea....

Perghh...lama giler dok tunggu kat pejabat imigresen kat Bandar Damansara nun...

kitaorang sampai dalam kul 3 gitu aa...sesampai jek Ya ALLAH ramai giler orang yang dok tunggu amik pasport...

Ye lah...pas jumaat...

Terus razwan amik no giliran...mak aiii.. KEna tunggu lagi 200 orang lebih...

Ingatkan kejap jek...coz masa aku buat dulu tak ler seramai ini...

yang pasti ramai orang cina yang buat pasport...

Tunggu punya tunggu tak gak settle gik...

MAka serayanya Rosid pun merungut...

" Kalo cam gini tak sempat aaa aku nak amik aku nyer barang kat Low Yuat coz dioarang ikut waktu pejabat..."

" KALo gik dah tak sempat coz kang mesti jalan sesaknyer coz orang balik keje..."

Akhirnya kul 6.30 petang baru dapat amik pasport...

Ya Allah...punyerler lama menunggu....


Lalu terus ke PWTC tuk gik MATTA Fair...nak gik beli ticket flight...

Sampai2 jek trus solat maghb..then masa nak tunggu Rosid turun kat bawah..

Lalu ada sorang pakcik nie tanya kat aku gan Razwan...

" Dik, kat mana Dewan Merdeka, tempat pertandingan membaca quran....?"

AKu pun menjawab...

" Erm...pakcik terus jek dan cuba cari signboard yang tulis dewan Merdeka..."

Rupanya,lupa laks aku yang kat tempat yang sama ada musabaqah al quran...

seumur idup aku tak pernah gik lagik musabaqah al quran...just tgk kat TV jek...

yang bestnyer bile tgk 3 orang MC...sorang ckp arab,melayu, french + english..

yang respect kat pakcik tue,dia datang naik moto jek....

Bila dah masuk terus gik International nyer hall...terus jumpa "SEOUL RM 848"


Tanya kat kaunter tue berapa ringgit coz price shown not include tax gik...

" You mau belapa hali bulan nyer flight and flight apa..?"

RAzwan pun menjawab...

" Early nov., within 5-7 nov... MAS.."

" Ok got seat aa..."

" Bila mau balik?"

" 29 nov"

Dalam hatiku pun berkata...( eh,lamanyer nak dok korea,nearly a month..)

"ok, i got it!"

" the price is rm 1488 including tax..."

Pepun razwan terus bayar aa...

sementara nak tunggu resit..aku pun bertanya aa harga flight ke German berapa laks...sesaja gatal tanya...

Memang ad cdg nak gik...but tahun depan kot pas grads..

harganya including tax rm 2 ribu something...

but aku rasa kalo nak beli tiket filght...aku beli jek kat pakcik aku yang keje MAS,dapat murah sket...


razwan pun nak gik gak..target tahun depan..coz kenaler berusaha carik duit sendiri baru terasa seronok bila gik travel...

cadang nak lawat Fitri a.k.a sempai chung dan beberapa kengkawan aku kat German,pastu nak singgah jap PARIS umah makcik aku kat sana..

Pepun aku doa plan aku berjaya aa...

Jangan hangat hangat tahi ayam dah ler...

Friday, September 16, 2005

DemamFInal.....


Alhamdulillah...krisis air dah berakhir di UIAM...

Harapnya dapatler aku beristiqamah dengan amalan sepanjang tak de air kat uia nie
(semayang subuh berjemaah kat sejid ) .....

Hari kelas dah stat cam biasa jek...but ramai jek yang terus sambung cuti sampai mg depan....

tak de apa yang dibuat sepanjang cuti tak air ari tue..bnyk kuar jek dari dok kat bilik...

pepagi seawal kul 5pg dah kuar tuk gik sejid...bnyk gak buat ziarah sejid yang tak pernah aku pi sebelum nie....

antaranya sejid seri gombak, sejid kat malinja, wangsa maju, sejid as sobirin yang lawa tue
( cam al hambra' laks)...

pas semayang gik sarapan kat merata tempat...

balik uia sambung tdo...ha ha ha...

samagak gan waktu malam....

alhamdulillah dah berakhir...

cuma pelik gak tgk bebudak yang tak pernah merasa kesusahan bila tak da air nie...

bukan ler nak riak or what...dari form1 sampai form5...masalah takde air nie dah selalu sgt masa kat sekolah dulu...

so,nothing so special lah bila tak de air...

cuma terkenang zaman muda2dulu...ahaks! (camskang dah tua jek !)

Pas air aku diuji lagi dengan jadual exam yang giler pack.....

paling teruk penah aku alami semenjak belajor kat sini...

bukan apa aku dah serik dulu exam satu hari dua paper...( criminal1 gan QH 4 )...

perghh...tak ingat,penat giler mas exam 2nd paper waktu petang tue...

nie laks 3 hari 4 paper ma!

19 hb Industrial Law
20hb Public International Law ( pagi )
Criminal Procedure 1 (ptg )
21 hb Professional Practise( pg)

exam dibulan puasa...but tak per...sahabat dulu siap perang gik bulan puasa....

aku rasa memang akan letih giler aaa pas exam...

Ya Allah...berilah kekuatan dan keupayaan kepada Hamba mu ini tuk mengahdai segala dugaan hidup ini...

So, bnyk persediaaan yang fidin kena buat tuk final

Monday, September 12, 2005

Air gan Letrik...........


Andai fidin diberi pilihan untuk memilih air gan letrik...

fidin akan pilih air...

bukan letrik tue tak penting but kalo tak letrik fidin masih bole idup ler...but kalo tak de air..lagi tak leh idup...

air itu satu keperluan...

begitulah yang dihadapi oleh majoriti penduduk Gombak yang tak ada air gara2 oleh accident yang berlaku...

Yang lebih spesifik gik...seluruh bebudak Taman Ilmu dan Budi...

termasukler aku...yang terpaksa berusaha gan keras untuk mendapatkan air untuk mandi,solat dll...

bayangkan aku terpaksa bgn seawal 5 pagi tuk kuar mandi kat sejid...aku,mituid, myraz and matt japp bertandang ke masjid wilayah...dan waktu lain tuk semayang gan lain2

Tapi aku memandang peristiwa yang berlaku ini sebagai suatu yang positif...

Pagi tadi, masa aku bgn kul 5 pg tuk gik msjd wilayah...nampak ramai gak bebudak lelaki yang dah bgn naik moto, kereta tuk gik mandi kat sejid...kalo sebelum nie agak susah gak ler tuk bgn seawal itu...

bukanler nak kata budak lelaki nie payah nak bangun seawal itu...tapi itulah hakikatnya..

hikmahnya ialah dapat semayang subuh berjemaah kat sejid...

yang selama ini mmg susah tuk bgn subuh awal dan apatah lagi tuk bersolat subuh berjemaah yang dulunya masa kat sekolah bole buat tiap2 hari tanpa missed..

no wonder lah sekolah aku taruk mottonyer..."fastakim kama umirta"..

itulah yang satu2nya hikmah terbesar yang aku perolehi..disamping terus bersabar atas dugaanNYA...

Tapi Office Rector dah announced dah bahawa start kul 1 kang, emergency break...ini akan berterusan hingga Khamis nie....

Ini cuti khaskedua yang selepas Cuti Khas Jerebu dulu...

Saturday, September 10, 2005

Kenapa Saya Masih Belum Kaya
( Part One )

( Petikan Dari Buku Petunjuk Jalan Kekayaan oleh Chef Li )

6 Kunci Kekayaan

“ Kekayaan adalah hasil pekerjaan kita sendiri. Hasil dari suatu yang praktis. Ia bukan hasil renungan atau imaginasi. Ia bukan jatuh dari langit. Ia bukan durian yang runtuh di hadapan kita. Ia bukan bulan jatuh ke riba….”


Kunci Kekayaan Yang Pertama : Mempunyai Usaha Yanag Mendatangkan Wang

Kenapa kita tidak kaya? Jawabnya kerana kita tidak memperkayakan diri kita sendiri. Setiap hari kita berusaha dan bekerja untuk memperkayakan orang lain. Anak isteri kita bahkan seluruh keluarga kita tidak membantu kita menjadi kaya…sebaliknya mereka turut membantu memperkayakan orang lain!.....

Dalam erti kata yang lain, etiap hasil dari pendapatan yang kita perolehi kita masukkan ke dalam poket orang lain dan akhirnya membuatkan mereka jadik kaya…

Mungkin kita tertanya-tanya siapakah mereka2 yang berkenaan…Mereka adalah orang2 yang memenuhi keperluan kehidupan kita. Kita membayar wang kepada mereka untuk sebagai tukaran kepada keperluan tersebut..

Sebagai contoh, penjual sayur, ikan, daging di pasar, peniaga kedai runcit, penjual pakaian dan lain lain lagik..

Kunci Kekayaan Yang Kedua : Kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan..


“ Tidak akan kaya sampai mati pun kalo anda tak memulakan usaha untuk menyimpan. Simpan sebahagian dari pendapatan anda yang perolehi setiap bulan…”

Di sini akan timbul satu tanda tanya..

“ Eh, camana nak simpan duit tiap-tiap bulan…padahal duit gaji yang dapat setiap bulan pun cukup2 makan jek..Nak bayar umah, minyak etc…..”

Sebenarnya ituler kesilapan kita..Kita tidak akan kelebihan wang kalo kita sendiri tidak mula untuk meyimpan. Kita sebenarnya boleh menyimpan jika kita mahu. Jangan fakir akan jumlah untuk kita simpankan setiap bulanan, tapi fikirkanlah camana kita boleh trus menyimpan duit…

Katakanlah pendapatan yang anda perolehi etiap bulan adalah RM 1000 lebih or RM 2000 lebih sebulan…maka agihkan duit gaji anda seperti kat bawah ini…

Simpan 1/10 untuk dilupakan..( untuk digunakan ketika kecemasan )
Simpan 1/10 untuk bayor hutang..
Simpan 1/10 untuk agama ( termasuk zakat ) termasuk sumbangan kemasyarakatan.
Gunakan 2/10 tuk family
Gunakan 1/10 untuk diri sendiri
Berikan 1/10 kepada ibu bapa
Laburkan 2/10 untuk digandakan semula
Laburkan 1/10 untuk perniagaan yang sedia ada…


Kunci Kekayaan Yang Ketiga : Menggandakan wang yang kita perolehi dengan pelaburan yang bersih dan lagi menguntungkan..

“ Menggandakan wang adalah dengan melaburkannya emula ke dalam perniagaan supa kebupayaan dan kebolehan untuk kita menyimpan akan bertambah. Dewasa ini ada banyak jenis pelaburan yang boleh anda pilih..”

Harus diingatkan pelaburan itu mestilah untuk jangka panjang. Tiada pelaburan singkat..

Haru melabur secara bijak, sabar dan berani..

Friday, September 09, 2005


Pabila sempai chung bermonolog...


sesungguhnya tiada apa yang mampu diperkatakan melainkan apa yang tersurat di gambar itu...



he wait

he go ...

still waiting

and waiting..

...try to look inside

and choose the right path

altough sometimes it may hurt


he continues waiting

but doesn't know how long he have to wait

"HAPpy" smile on his face? or he just fake it

somehow he have to carry on

and hoping that this gloomy day doesn't last forever..


"Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
gerak dosa yang menghiris hati"

p/s : semalam aku berkesempatan bertemu dengan sempai chung kerna dia bertandang ke Taman Ilmu dan Budi.. satu pengalaman yang manis kerna dapat meluaskan horizon pemikiran aku. Semoga trus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi...pasni amik gambo yg best2...

Special credit buat sempai chung atas segala gambo2nyer..teman ucapkan tima kasih kat mika yek !




semalam selagi lagik usiaku bertambah...alhamdulillah,mampu gak idup selama ini..


moga tahun mendatang ini membawa seribu rahmat dan kebahagiann dalam idup aku...

moga tahun ini gak dapat bertemu gan someone yang special itu...amin...

ahaks!

Saturday, September 03, 2005

Cuti !


ari nie aku akan gik Program Kem Motivasi Usahawan PKNS kat De Palma Inn Ampang.. Progarm nie stat ari nie sampai ari ahad nie..kiranyer aku balik umah lewat aa..

skang cam dah bersemangat sket nak jadik usahawan...coz bnyk gak program usahawan yang aku pi...latest, in person with Tun Daim..

Tun Daim bnyk gak bg tips and citer pengalaman dia tuk jadik jutawan nie..

pasni akau akan buat entry pasal tuk jadik kaya laks..

but tunggu aa..dalam proses...

akan ada 3 episod pasal entry nie..

anyway,selamat bercuti tuk sumer bebudak Taman Ilmu dan BUdi...


p/s aku ada test gik naik cuti nie..adoih,tak best laks nak cuti...