Monday, May 31, 2004

Cuti-cuti Malaysia...

Hm..skang sekolah pun dah mula bercuti,gitu gak gan semua universiti...mgkn ramai di antara kita sedang menghabiskan masa cuti mereka bersama keluarga,melancong,bersama teman-teman dan juga bersama anak-anak tercinta...beberapa hari lalu,fiddeen berkesempatan pergi ke airport bayan lepas,penang..gik hantar bapa saudara fiddeen yg nak ke Paris untuk melawat mak saudara fiddeen yang tinggal di sana..kelihatan ramai sungguh manusia yg berpusu-pusu untuk check-in...ada yg nak gik ke Mekah ;buat umrah,gik ke London,Hong Kong...majoritinya ramai bangsa cina diikuti gan melayu..
cakap pasal melancong nie..teringat akan kempen kerajaan yg menggalakkan melancong di dalam malaysia..sebenarnya kat malaysia nie bnyk tempat yg menarik untuk dilawati..cuma ramai org tak menyedarinya,lalu memilih tuk bercuti di luar negara..ini termasuklah menteri-menteri,orang kenamaan..bila ditanya,ke mana cuti ini..dengan bangganya mereka menjawab, cuti nie I nak bawa family I ke australia,UK bla..bla..bla..
walaupun fiddeen sudah melawat seluruh negeri kecuali sabah,namun masih lagi bnyak tempat yg fiddeen tak abis lagi pusing..tak usah pergi jauh la...kat negeri fiddeen pun tak abis lagi pusing..korang camana ek?
Fiddeen nak kata bukanlah salah untuk melancong ke luar negara...kalo boleh la,lawatlah negara sendiri dahulu sebelum lawat negara orang..
Fiddeen juga berkesempatan ke luar negara antaranya Mekah,Brunei,Singapore dan insyaAllah ke Cape Town Ogos nanti(lawatan Law Students' Society kalau tak ada aral melintang untuk promote UIAM kat sana).
Tak kisahlah di mana jua anda bercuti..gunakan masa yang ada ini sebaiknya,kerna bnyak yg boleh dilakukan kalau dirancang dengan teliti
Selamat Bercuti buat semua..

Saturday, May 29, 2004

Brothers

Teman Sejati

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita




mencari sahabat sejati....

fiddeen selalu mendengar orang berkata kawan ketika senang sungguh ramai sekali,tetapi susah sekali untuk untuk mencari sahabat untuk bersama dengan kita bila kita berhadapan dengan kesusahan..
fiddeen terfikir mengapa orang berkata sedemikian ek?
mungkin ada sebab di sebaliknya...
dalam pencarian sahabat sejati mungkin akan memakan sedikit masa..tak mungkin kita akan menjumpainya dalam beberapa hari sahaja...mungkin mengambil masa setahun,2 tahun dan sebagainya..dan dalam hendak mencari seorang sahabat yang sejati, mungkin mengambil masa untuk kita menyesuaikan diri kita dgn dia..kekadang mungkin akan berlaku perselisihan faham,bergaduh sedikit,rasa tak puas hati, sakit hati,terasa hati dan sebagainya..
pokoknya,harus ada sabar dan tabah untuk mencari dan mengenal erti budi sahabat kita itu..
pabila anda dah dapat sahabat..maka janganlah lupa menjaga persahabatan itu agar trus berkekalan sampai bila-bila.
Sahabat ini amat penting bagi kita..mgkin keperluannya berbeza mengikut org..bagi fiddeen,sahabat adalah segalanya..tempat tuk kita menceritakan segalanya..dari yg sedih gembira sampailah yg sedih,bergurau, menolong sahabat yg di dalam kesusahan..mgkin hari ini kita tolong dia,sapa tau masa depan kita laks memerlukan pertolongan dia..

Friday, May 28, 2004

Lagi-lagi orang kena Ragut...

Erm,ntahlah semenjak dari dulu lagi kita slalu dok dengar pasal orang kna ragut or lebih senang org sebut kena 'pau'...yg pastinya bukan pau yg kta makan tue...
Kes 2 sebegini bnyk berlaku di Kl..jarang laks kta dgr kes ini berlaku kat kwsn kg kta...erm,bukannya takda langsung,cuma tak sbnyk kl.Bila sebut pasai kna pau 2 tahun lepas,nie ceriter ekslusif kat korang..semenjak fidin bersekolah kat Klang masa 1998-99,ramai gak kawan fidin kna,but alhamdulillah,fidin tak kna..tapi kna masa tahun 2001 kna gak...
Masa tue ditgh bulan puasa,begitu menguji ketabahan gan kesabaran, fiddeen ketika itu baru pulang dari kg,kiranya baru keluar dari puduraya..fiddeen pun berjalan di hadapan kotaraya..masa tak perasan apa-apa sgt..ntahlah dah nak jadik..fiddeen tak pernah guna jejantas untuk melintas ke seberang tuk naik bas kat bangkok bank..hari kejadian fiddeen naik jejantas...sebelum fiddeen naik jejantas ada la beberapa orgikut fiddeen .kononnya buat tanya fiddeen nak gi mana..fiddeen pun malas nak layan..dan tahu nie mesti org nak pau fiddeen..fiddeen pun berjalan gan laju naik ke jejantas...erm,pas tue apa lagi diaorg seramai 5 org terus naik jejantas dan tarik fiddeen dari belakang...fiddeen masa tue buat tak reti jek,malas ler nak lawan balik...diaorang terus main kasar gan fiddeen..sorang tendang perut,dan palinh menakutkan siap ada pisau gik..yg paling geram..masa tue ramai gak org naik jejantas tue..diarang just tengok jek,tak tolong pun..fiddeen pun melawan balik..but tak da rezeki..diaorg amik rm 200 dari fiddeen..paling sedih,fiddeen mmg simpan duit tue tuk beli keperluan buku etc..pas tue diaorg pun blah cam gitu jek..
Satu lagi kisah abg ipar fiddeen nak kna pau masa kat puduraya..yg lawaknya..masa diaorg nak pau dia,abg ipar fiddeen trus kata,napa,ada masalah ka? saya dari bukit aman(sekadar mengertak sahaja).bila kata macam tue trus diaorg lari..
kesimpulannya..
1) jgn jalan sorang-sorang,kuar gan kengkawan,at least 2 org..
2) jgn jalan kat tempat sunyi,lorong sempit..gunakan jalan besar
3) simpan duit kat banyak tempat,jgn setempat.
4) jgn bawak beg berat sgt,nanti susah nak lari..

erm,tue kot sedikit tips dari fiddeen
bnyak hikmah dari peristiwa itu..

Thursday, May 27, 2004

erm..apa pendapat korang tentang pandangan sesetengah org agar perbicaraan yg melibatkan perkara yg mengaibkan patut dijalankan secara tertutup...ntahlah...bagi fiddeen, rasanya tak patut dibuat sebegitu...fiddeen berpandangan bahawa massa harus diberitahu apa keadaan sebenar yg berlaku,bagaimana proses perbicaraan di mahkamah dijalankan,dan bagaimana sesuatu pertuduhan dijalankan secara adil tanpa sebarang keraguan atau di dalam bahasa inggerisnya beyond reasonable doubt..selagi hakim tidak mengarahkan sedemikian,tak perlulah berbuat sedemikian.kita takut nanti ada sebarang unsur penipuan bila kes itu tak dibicarakan secara terbuka..ntahlah mgkn ada VIp yg terlibat kot..rakyat harus didedahkan bahwa susahnya sesuatu pertuduhan itu hendak dibuktikan apabila dibawa ke mahkamah.contoh yang mudah untuk melibatkan seseorang itu dalam kes rogol,pesalah berkenaan perlu memenuhi requirement yg ditetapkan dalam penal code..bukanlah pabila seseorang itu merogol,dia terus bersalah..nanti bila dalam case report pun akan ditulis dan dicerita secara lengkapnya..mgkn ada sendiri boleh merujuk mana mana case report kat dlm MAlayan journal,common law journal dll lagik..semalam dalam buletin utama pun seramai 67 % yg tidak bersetuju bahawa kes yg mengaibkan patut dibicarakan secara tertutup.hanya 33% sahaj yg bersetuju..
fiddeen suka tengok cerita CSI..satu cerita yang mengajar kita bnyk benda..bagaimana hendak mencaru bukti,bagaimana hendak mengkaji sesuatu benda...
apapun..biarpun dijalankan secara tertutup atau terbuka..keadilan itu harus ada,tanpa berat sebelah atau dirasuah olah pihak yg bekepentingan..
Fiddeen teringat akan Allahyarham Tan Sri Harun Hashim (academic fellow juga seorang hakim)beliau seorang yg bagus,susah lah nak cari pengganti seorang tokoh sedemikian..beliau diketepikan pabila beliau mengisytiharkan sebuah parti politik haram pada 1987..beliau ketika itu hakim yg membicarakan kes tersebut telah menjalankan tugas dengan baik dan adil tanpa rasa takut akan risiko pabila mengharamkan sebuah parti politik yg menjadi tulang belakang kerajaan..
fidin doakan agar institusi kehakiman trus bergerak dgn adilnya...

Monday, May 24, 2004

peliknyer kita....

Pelik ya, duit rm 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.
Pelik ya,betapa lamanya satu jam berada di masjid,tetapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.
Pelik ya,tak sampai 30 minit dengar khutbah jumaat,dah rasa jemu tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.
Pelik ya,pasar malam jauh sanggup naik kereta,motor pergi,tapi masjid dekat rumah rasa berat pula kaki..
Pelik ya,rasa susah sungguh utuk habiskan al-quran walau satu halaman.tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.
Pelik ya,ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert,tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat jumaat supaya boleh cepat keluar...

Pelik tak kita...?
Tepuk dada,tanya iman..

Saturday, May 22, 2004

Ialhamdulillah...setelah beberapa hari berhempas pulas berjuang tuk final exam,skang dah merdeka...cuma skang takut laks nak tunggu result...erm,fidin akan bcuti sebulan.nak buat apa ek? setakat ini tak ada perancangan,tapi harapnya ada something yg menarik tuk dilakukan sepanjang cuti ini..sejak kebelakangan ini makin panas laks cerita pasal kes norita..fidin tak nak beri sebarang komen,anda boleh menilai sendiri tentang kes itu...sebelum hanya mendengar khabar angin yang berterbangan sahaja..skang dah jelas terbukti...dari maklumat yang diperolehi daripada bapa saudara kawan fidin yang bekerja di Bukit Aman,ramai gak orang kenamaan termasuk menteri terlibat dalam kes ini...harapnya agar kes ini dibicarakan seadilnya tanpa menyembunyikan sebarang fakta untuk melindung orang berkepentingan dalam kerajaan..
II
Fidin amat sedih betul dengan kes penderaan dan penyeksaan orang gaji indonesia..sebenarnya tak patut la berlaku kat malaysia yang dah merdeka 46 tahun..Masalah yang dihadapi tidak sesusah mana..kalau anda tidak berpuas hati dengan mutu kerja orang gaji anda ,hantar balik ke agensi tuk ambil orang baru..arwah neenk fidin ada mengambil orang gaji indonesia beberapa tahun lalu sebelum dia meninggal dunia...memang bagus hasil kerjanya..Kami menganggap dai sebagai salah seorang anggota kami..banyak cerita ,pengalaman di kongsi bersama termasuk mempelajari beberapa dialek indonesia..sebelum kita banyak mendengar kes seumpama ini di Singapura..sekarang di malaysia laks..
kepada mereka diluar sana yang mempunyai orang gaji atau yang bakal mengambilnya..layanlah mereka(orang gaji)dengan penuh kemanusiaan,anggaplah mereka sebahagian daripada keluarga anda.tepuk dada tanya hati anda akan hal ini..

Friday, May 14, 2004

Di dalam Dunia ini
terdapat tiga jenis manusia...


Mereka yang menghasilkan sesuatu kejadian..
Mereka yang menyaksikan kejadian itu berlaku..
Mereka yang terpingga-pingga apakah yang yang berlaku...


Fidin tergolong dalam golongan mana ek?


Kepada semua yang bakal menempuh final exam,Ma'a attaufiq wa an najah!

Tuesday, May 11, 2004

I Kat library
Alhamdulillah malam ini fidin berkesempatan juga untuk pergi ke library di kala kesibukan terus menghantui fidin sejak kebelakngan ini..Seperti biasa fidin trus duduk di hujung library dengan harapan tiada sebarang gangguan...Pada 15 minit pertama tidak sebarang gangguan pun.Cuma selepas itu kedengaran bunyi tapak kasut tinggi dari jauh...rupa-rupanya ada seorang perempuan dengan tanpa ada rasa malu dan segan dengan bunyi tapak kasut nya terus duduk di hadapan meja fidin...dah tu dihempas laks buku-buku dia dengan kuat...fidin berkata dalam hati,dahla tadi bunyi tapak kasut tue banyak mengganggu fidin,duduk laks di tempat lelaki(library uiam mengasingkan tempat duduk lelaki dengan perempuan)terus di hempas bukunya tanpa hiraukan perasaan org di sekelilingnya...Ingatkan itu sahaja gangguannya,rupanya ada lagi! handsetnya tak di'silent'kan...kedengaran la ringtone Januari di dalam library..Ingatkan dia terlupa untuk silentkan handsetnya,rupanya memang saja tak nak silentkan.Kerna lepas itu kedengaran lagi bunyi handsetnya..

IIDalam Kelas EPS
Masa belajar dalam kelas (Pasal Documentary Evidence)tetiba Madam kaitkan dengan Kes Canny Ong,tentang pengakuan Najib yang dia membunuh Canny Ong.Pengakuan itu dibuat secara bertulis sebanyak 10 muka surat.Dan yang paling penting Madam kata rupanya najib nie tersalah orang..dia nak bunuh orang lain but tersalah orang laks...Yang paling fidin pelik...dah tahu salah orang but najib still rogol Canny Ong tue(pity her!)Alasannya Canny Ong tidak berkata apa-apa bila dia hendak buat hub. seks(kiranya Canny setuju la).Padahal Najib telah letak pisau di meter kereta itu...Fidin berpendapat la..mungkin Canny tidak berkata apa-apa untuk menolak kerna takut or erti kata lain her consent was obtain by putting herin fear of death or hurt( Sec 375 limb C,Penal Code).Apapun kes ini masih lagi dibicarakan di mahkamah.Semoga mereka yang bersalah akan di hukum seadilnya.

Monday, May 10, 2004

Selamat Hari Ibu.
Semalam,merupakan tarikh yang amat penting bagi semua kaum ibu di dunia ini.Fidin juga berkesempatan menghubungi ibu fidin kerna hambatan masa yang tak mampu untuk fidin untuk pulang ke kampung.Cuma di hari ibu ini,banyak perkara yang boleh kita renungi dan muhasabah bersama...
Seorang ibu sanggup berkorban segalanya untuk memastikan anaknya sentiasa mendapat yang terbaik ..tetapi anak tak mampu berbuat sedemikian!
Seorang ibu jugak mampu menjaga ramai anak dalam sesuatu masa.Tapi nak juga tak mampu berbuat demikian...lebih menyedihkan ada yang sanggup menghantar ibu mereka ke rumah kebajikan...kononnya kesibukan kerja

harus diingat,apabila ibu kita melangkah tua,hati mereka akan cepat sensitif..kekadang lebih daripada anak-anak kecil..
Dewasa kini fidin banyak menyaksikan kejadian-kejadian yang amt menyedihkan..kiranya tak patut seorang anak berbuat sedimikian kepada ibu mereka..
Ada yang tak nak menjaga ibu mereka...tetapi bila si ibu ini meniggal..sibuk pulak akan harta pusaka yang mungkin ditinggal si ibu.
Kini juga rumah-rumah kebajikan dan orang tua tumbuh bak cendawan selepas hujan di negara kita,lantaran banyak permintaan oelh rakyat malaysia yang tak mampu menjaga ibu mereka.
Kekadang fidin terfikir jugak..pernahkah fidin ada menyakiti hati ibu fidin...mungkin fidin tak perasan.
Harus diingat,syurga itu di telapak kaki ibu..jangnlah kita menjadi seperti al-qamah, si tanggang yang menderhaka kepada ibunya...Sesungguhnya ALLAH itu Maha Adil lagi mengetahui!
Kepada seluruh kaum ibu diluar sana tak ketinggalan juga kepada bakal-bakal ibu,selamat haru ibu diucapkan..

Friday, May 07, 2004

wah..hari nie adalah hari yang paling memenatkan aku...semalaman aku tak dapat tidur coz buat assignmnt ethics and kerje lawsoc..ntahlah..dari dulu lagi aku suka tangguh kerja and buat sesuatu last minutes..but alhamdulillah dpat gak siap kul 9pg( klas fidin kul 10 pg) tapi nak kata best gak buat keje last minit nie...terasa nikmat membuatnya(betuika fidin?) dahtue masuk klas kejap jek..adalah lebih kurang 25 minit...lepas tue terus kuar coz pdaq telefon ada hal penting nak kene settlekan kat luar..aku pun kuar...kononya nak gik tandas..macam bagus laks aku nie buat camtue...nasib baikler ada pate(thanx coz amikkan buku n submitkan assignmnt aku) yang sanggup tolong aku...bila melangkah masuk LAwsoc lepas jumaat,heboh diperkatakan pasal kes norita yang kini menjadi topik hangat gak....yang terkejutnya,ditulis dalam akhbar, mangsa dan beberapa orang rakannya pernah meminum arak di Hard Rock Cafe..fidin tak nak salahkan mangsa...cuma terkilan juga sedih bila membaca berita itu...itulah realiti masyarakat malaysia darsawarsa mutakhir kini...
Final pun dah tak lama...fidin start exam hari rabu 19/5 EPS 1 (2.30ptg)dan habis 20/5 ethics(2.30 ptg)
ntahlah...pejam celik..cepat jek masa berlalu..tup-tup dah nak final dah..tapi fidin masih lagi berhoney moon...tak buat apa-apa persediaan pun...pepun tak leh dah nak berhoney moon lagi...come on fidin,wake up!

Thursday, May 06, 2004



Salam bersua teman-teman.Diri ini ibarat seorang budak kecil yang baru belajar melangkah dalam blog ini.Banyak pengalaman diri yang ingin fiddeen kongsi bersama jua pengalaman hidup teman.Agar bersama dapat menjadi seorang manusia yang sempurna.Moga apa yang diusahakan ini mendapat keberkatan dariNYA.thanx pakdi coz membawa fidin ke dunia blog ini...