Monday, May 31, 2004

Cuti-cuti Malaysia...

Hm..skang sekolah pun dah mula bercuti,gitu gak gan semua universiti...mgkn ramai di antara kita sedang menghabiskan masa cuti mereka bersama keluarga,melancong,bersama teman-teman dan juga bersama anak-anak tercinta...beberapa hari lalu,fiddeen berkesempatan pergi ke airport bayan lepas,penang..gik hantar bapa saudara fiddeen yg nak ke Paris untuk melawat mak saudara fiddeen yang tinggal di sana..kelihatan ramai sungguh manusia yg berpusu-pusu untuk check-in...ada yg nak gik ke Mekah ;buat umrah,gik ke London,Hong Kong...majoritinya ramai bangsa cina diikuti gan melayu..
cakap pasal melancong nie..teringat akan kempen kerajaan yg menggalakkan melancong di dalam malaysia..sebenarnya kat malaysia nie bnyk tempat yg menarik untuk dilawati..cuma ramai org tak menyedarinya,lalu memilih tuk bercuti di luar negara..ini termasuklah menteri-menteri,orang kenamaan..bila ditanya,ke mana cuti ini..dengan bangganya mereka menjawab, cuti nie I nak bawa family I ke australia,UK bla..bla..bla..
walaupun fiddeen sudah melawat seluruh negeri kecuali sabah,namun masih lagi bnyak tempat yg fiddeen tak abis lagi pusing..tak usah pergi jauh la...kat negeri fiddeen pun tak abis lagi pusing..korang camana ek?
Fiddeen nak kata bukanlah salah untuk melancong ke luar negara...kalo boleh la,lawatlah negara sendiri dahulu sebelum lawat negara orang..
Fiddeen juga berkesempatan ke luar negara antaranya Mekah,Brunei,Singapore dan insyaAllah ke Cape Town Ogos nanti(lawatan Law Students' Society kalau tak ada aral melintang untuk promote UIAM kat sana).
Tak kisahlah di mana jua anda bercuti..gunakan masa yang ada ini sebaiknya,kerna bnyak yg boleh dilakukan kalau dirancang dengan teliti
Selamat Bercuti buat semua..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home