Thursday, May 27, 2004

erm..apa pendapat korang tentang pandangan sesetengah org agar perbicaraan yg melibatkan perkara yg mengaibkan patut dijalankan secara tertutup...ntahlah...bagi fiddeen, rasanya tak patut dibuat sebegitu...fiddeen berpandangan bahawa massa harus diberitahu apa keadaan sebenar yg berlaku,bagaimana proses perbicaraan di mahkamah dijalankan,dan bagaimana sesuatu pertuduhan dijalankan secara adil tanpa sebarang keraguan atau di dalam bahasa inggerisnya beyond reasonable doubt..selagi hakim tidak mengarahkan sedemikian,tak perlulah berbuat sedemikian.kita takut nanti ada sebarang unsur penipuan bila kes itu tak dibicarakan secara terbuka..ntahlah mgkn ada VIp yg terlibat kot..rakyat harus didedahkan bahwa susahnya sesuatu pertuduhan itu hendak dibuktikan apabila dibawa ke mahkamah.contoh yang mudah untuk melibatkan seseorang itu dalam kes rogol,pesalah berkenaan perlu memenuhi requirement yg ditetapkan dalam penal code..bukanlah pabila seseorang itu merogol,dia terus bersalah..nanti bila dalam case report pun akan ditulis dan dicerita secara lengkapnya..mgkn ada sendiri boleh merujuk mana mana case report kat dlm MAlayan journal,common law journal dll lagik..semalam dalam buletin utama pun seramai 67 % yg tidak bersetuju bahawa kes yg mengaibkan patut dibicarakan secara tertutup.hanya 33% sahaj yg bersetuju..
fiddeen suka tengok cerita CSI..satu cerita yang mengajar kita bnyk benda..bagaimana hendak mencaru bukti,bagaimana hendak mengkaji sesuatu benda...
apapun..biarpun dijalankan secara tertutup atau terbuka..keadilan itu harus ada,tanpa berat sebelah atau dirasuah olah pihak yg bekepentingan..
Fiddeen teringat akan Allahyarham Tan Sri Harun Hashim (academic fellow juga seorang hakim)beliau seorang yg bagus,susah lah nak cari pengganti seorang tokoh sedemikian..beliau diketepikan pabila beliau mengisytiharkan sebuah parti politik haram pada 1987..beliau ketika itu hakim yg membicarakan kes tersebut telah menjalankan tugas dengan baik dan adil tanpa rasa takut akan risiko pabila mengharamkan sebuah parti politik yg menjadi tulang belakang kerajaan..
fidin doakan agar institusi kehakiman trus bergerak dgn adilnya...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home