Monday, May 10, 2004

Selamat Hari Ibu.
Semalam,merupakan tarikh yang amat penting bagi semua kaum ibu di dunia ini.Fidin juga berkesempatan menghubungi ibu fidin kerna hambatan masa yang tak mampu untuk fidin untuk pulang ke kampung.Cuma di hari ibu ini,banyak perkara yang boleh kita renungi dan muhasabah bersama...
Seorang ibu sanggup berkorban segalanya untuk memastikan anaknya sentiasa mendapat yang terbaik ..tetapi anak tak mampu berbuat sedemikian!
Seorang ibu jugak mampu menjaga ramai anak dalam sesuatu masa.Tapi nak juga tak mampu berbuat demikian...lebih menyedihkan ada yang sanggup menghantar ibu mereka ke rumah kebajikan...kononnya kesibukan kerja

harus diingat,apabila ibu kita melangkah tua,hati mereka akan cepat sensitif..kekadang lebih daripada anak-anak kecil..
Dewasa kini fidin banyak menyaksikan kejadian-kejadian yang amt menyedihkan..kiranya tak patut seorang anak berbuat sedimikian kepada ibu mereka..
Ada yang tak nak menjaga ibu mereka...tetapi bila si ibu ini meniggal..sibuk pulak akan harta pusaka yang mungkin ditinggal si ibu.
Kini juga rumah-rumah kebajikan dan orang tua tumbuh bak cendawan selepas hujan di negara kita,lantaran banyak permintaan oelh rakyat malaysia yang tak mampu menjaga ibu mereka.
Kekadang fidin terfikir jugak..pernahkah fidin ada menyakiti hati ibu fidin...mungkin fidin tak perasan.
Harus diingat,syurga itu di telapak kaki ibu..jangnlah kita menjadi seperti al-qamah, si tanggang yang menderhaka kepada ibunya...Sesungguhnya ALLAH itu Maha Adil lagi mengetahui!
Kepada seluruh kaum ibu diluar sana tak ketinggalan juga kepada bakal-bakal ibu,selamat haru ibu diucapkan..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home