Saturday, May 22, 2004

Ialhamdulillah...setelah beberapa hari berhempas pulas berjuang tuk final exam,skang dah merdeka...cuma skang takut laks nak tunggu result...erm,fidin akan bcuti sebulan.nak buat apa ek? setakat ini tak ada perancangan,tapi harapnya ada something yg menarik tuk dilakukan sepanjang cuti ini..sejak kebelakangan ini makin panas laks cerita pasal kes norita..fidin tak nak beri sebarang komen,anda boleh menilai sendiri tentang kes itu...sebelum hanya mendengar khabar angin yang berterbangan sahaja..skang dah jelas terbukti...dari maklumat yang diperolehi daripada bapa saudara kawan fidin yang bekerja di Bukit Aman,ramai gak orang kenamaan termasuk menteri terlibat dalam kes ini...harapnya agar kes ini dibicarakan seadilnya tanpa menyembunyikan sebarang fakta untuk melindung orang berkepentingan dalam kerajaan..
II
Fidin amat sedih betul dengan kes penderaan dan penyeksaan orang gaji indonesia..sebenarnya tak patut la berlaku kat malaysia yang dah merdeka 46 tahun..Masalah yang dihadapi tidak sesusah mana..kalau anda tidak berpuas hati dengan mutu kerja orang gaji anda ,hantar balik ke agensi tuk ambil orang baru..arwah neenk fidin ada mengambil orang gaji indonesia beberapa tahun lalu sebelum dia meninggal dunia...memang bagus hasil kerjanya..Kami menganggap dai sebagai salah seorang anggota kami..banyak cerita ,pengalaman di kongsi bersama termasuk mempelajari beberapa dialek indonesia..sebelum kita banyak mendengar kes seumpama ini di Singapura..sekarang di malaysia laks..
kepada mereka diluar sana yang mempunyai orang gaji atau yang bakal mengambilnya..layanlah mereka(orang gaji)dengan penuh kemanusiaan,anggaplah mereka sebahagian daripada keluarga anda.tepuk dada tanya hati anda akan hal ini..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home