Sunday, June 27, 2004

semenjak bukak sem hari tue...aku tak berkesempatan untuk update blog nie..bila ada kesempatam nak update,lab kat Law penuh giler gan org yg add drop subject..dah tue komputer kat lawsoc laks rosak...tapi tak tak pa hari nie berkesempatan gak update blog nie..
ntahlah hari nie fiddeen nak cakap pasai niat...bukan apa,niat ini penting kerna tanpa niat sesuatu kerja tak dapat di lakukan..
kalau dirujuk pada hadith 40,imam nawawi meletakkan hadith nie pada hadith yg pertama..kenapa imam nawawi tidak meletakkan hadith nie no 3@4@30 dsbny..niat adalah segalanya.ia akan berkait rapat gan apa yg kita lakukan...kalau niat kita baik,insyaALLAh segalanya akan berjalan lancar dan akan diganjarkan gan ganjaran pahala..tetapi,kalau diniatkan kerana manusia,akan berjalan lancar gak,cuma tak akan dapat ganjaran pahala..kerna pahala akan dikurniakan mengikut apa yang kita niatkan...kalau kita buat sesuatu kerja kerana seorang wanita gan niat untuk tackle wanita itu,kita akan dapat wanita itu,cuma tiada apa di sisi ALLAH..begitu gak kalau hendak meninggalkan sesuatu perbuatan.,tak kisahlah apa jua sekalipun perbuatan kita,kalau dibuat kerna seseorang,tak akan berkekalan...tetapi kalau diniatkan kerna ALLAh ,insyaALLAh akan berkekalan..
harus diingat bahawa,segala perbuatan yang dilakukan kerna ALLAh ,insyaAllah akn mendapat keredhaan dan akan dikira sebagai ibadat..
niat adalah segalanya...

Sunday, June 20, 2004

lama betui tak update blog nie...semenjak balik uia isnin lepas,bnyk betui kerja kat LAWSOC tuk sambut bebudak baru kat Kulliyah LAws nie..
ari nie baru dpt curi masa tu update blog nie..
semalam fiddeen berkesempatan gik starlight cinema kat kiara...best gak ler..kebetulan dapat tiket free..teringat kat US yg diaorang boleh tgk wayang dari dalam kereta..
terasa cam kat wayang laks..cuma kita duduk kat atas rumput..dah tue ada yg siap bawak tilam nipis gan bantal gik,cam kat rumah laks..fideen rasa kalo bawak keluarga sesuai kot..tapi gik gan kawan best gak semalam...banyak betul ujian sebelum kitaorg sampai kat sana...salah jalan dsbnya..
kesimpulannya memang enjoy laks semalam..
esok,dah mula semester baru...biasanya hari pertama,lecturer tak masuk gik..but ada gak yg dah masuk kelas..selalunya akan rasamalas nak gik kelas coz dah cuti lama gak,kiranya sebulan lebih bercuti..
Yang paling tak menariknya,kelas fiddeen bermula jam 8pg tiap-tiap hari...cuma hari isnin jek yg padat sket...hari selasa relax sket..
Kepada sumer bebudak u kat luar sana,selamat meneruskan pengajian anda..yg dah grad tue,semoga cepat dpt kerja...

Thursday, June 10, 2004

Selamat Hari Jadi Abang...

hari gnap abang aku ,Saiful azman yg ke 23 tahun..ntahlah dia pun lupa ari nie birthday dia...apepun...semoga dimurahkan rezeki,dpanjangkan umur,trus berada di dalam rahmay Allah..
erm..fiddeen akan balik ke uiam 14hb nie..isyh,malas betul nak balik uia...

Wednesday, June 09, 2004

erm,lama gak tak update blog nie..fiddeen pergi bercuti bersama keluarga sepanjang minggu lepas..banyak tempat yg dikunjungi,antaranya Cameron Highland,Kedah dll..
Banyak cerita yang nak dikongsi bersama...
I
Lagi-lagi pasai ragut
Semalan MBM bercadang nak suruh sukarelawan untuk meronda bagi menolong membanteras kes ragut nie...cadangan bagus nie..mereka ni akan terdiri drp orang awam,pelajar ipt yg akan bergerak ikut kump.
Cuma,bagi pandangan fiddeen sepatutnya nape tak diletakkan polis @ sukarelawan polis di tempat selalu orang pau nie..sebab apa,diaorg nie tak ada kuasa compared polis yg sememangnya ada kuasa untuk menangkap org...gan keadaan skang,peragut tue sumer pakai senjata spt pisau dll..
dahtue diaorg nie ramai laks..
cadangan oleh MBM tue bagus..cuma patut dijalankan bersama Polis,mgkn anggota polis tak mencukupi bg menempatkan polis di sumer tempat..
II
skang kat tv 1,sedang ditayangkan pasai kes taksub...
antaranya pasai al-arqam...
mmg diaorang salah dr segi aqidah diaorang...cuma fiddeen kagum gan diaorang dr segi ekonomi diaorg..mereka mampu mengeluarkan pelbagai jenis brg gan jenama sendiri...hinggakan mampu beli bas 2 tingkat lagi...kalo anda pi kat rawang tue tempat arqam...mmg anda anda akan kagum gan diaorang..sumernya ada..kedai,hospital,dobi,ada studio,ada tempat buat penerbitan majalah dll..
tapi org tak nampak sumbangan diaorg pada ekonomi negara...
setakat nie ada ke usahawan melayu yg berjaya seperti mereka..
III
cuti nie ramai gak yg akan berkahwin..kawan fiddeen ramai gak yg akan berkahwin cuti nie...
hinggakan satu hari tue ada 6 kenduri yg nak kena pi..
kepada mereka yg dah,akan berkahwin..semoga perkahwinan anda akan berkekalan,diberkati oleh Allah hingga ke akhir hayat anda...layarilah bahtera rumahtangga anda dengan didasari gan keimanan pada ALLAh..