Sunday, June 27, 2004

semenjak bukak sem hari tue...aku tak berkesempatan untuk update blog nie..bila ada kesempatam nak update,lab kat Law penuh giler gan org yg add drop subject..dah tue komputer kat lawsoc laks rosak...tapi tak tak pa hari nie berkesempatan gak update blog nie..
ntahlah hari nie fiddeen nak cakap pasai niat...bukan apa,niat ini penting kerna tanpa niat sesuatu kerja tak dapat di lakukan..
kalau dirujuk pada hadith 40,imam nawawi meletakkan hadith nie pada hadith yg pertama..kenapa imam nawawi tidak meletakkan hadith nie no 3@4@30 dsbny..niat adalah segalanya.ia akan berkait rapat gan apa yg kita lakukan...kalau niat kita baik,insyaALLAh segalanya akan berjalan lancar dan akan diganjarkan gan ganjaran pahala..tetapi,kalau diniatkan kerana manusia,akan berjalan lancar gak,cuma tak akan dapat ganjaran pahala..kerna pahala akan dikurniakan mengikut apa yang kita niatkan...kalau kita buat sesuatu kerja kerana seorang wanita gan niat untuk tackle wanita itu,kita akan dapat wanita itu,cuma tiada apa di sisi ALLAH..begitu gak kalau hendak meninggalkan sesuatu perbuatan.,tak kisahlah apa jua sekalipun perbuatan kita,kalau dibuat kerna seseorang,tak akan berkekalan...tetapi kalau diniatkan kerna ALLAh ,insyaALLAh akan berkekalan..
harus diingat bahawa,segala perbuatan yang dilakukan kerna ALLAh ,insyaAllah akn mendapat keredhaan dan akan dikira sebagai ibadat..
niat adalah segalanya...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home