Friday, December 30, 2005

......business........


ahaks!...2 hari tak pi kelas...
aku pi taraining tuk jadik urusetia + speaker tuk Program PKNS...
ari pertma kat uitm..pastu ukm semalam...

bila gik kelas..adaler bebudak yg perli coz sbuk gan business..
especially...kaie..bebalik jek trus pancung aku....

kaie : Hang dah grads ka fidin...sampai kelas pun tak pi...
fidin : aku pun jawabler...ha ha,dah grds pun...

ala baru jek 2 hari tak pi kelas..aku tak penah ponteng pun sblm nie.....bila lagi nak hbskan..

bnyk mende yg aku belajar..especially pasai perangai org melayu kat uitm spnjg prog..compared gan bebudak cina kat ukm..

jauh sgt beza...

mmg penat giler...kuar bilik kul 7 pg...balik kul 10 malam..
trasa cam dah keje...
teringat laks akan budak yg tgk dok chambering yg kuar kul 7 balik kul 10 malam..

weekend nie tak tau nak buat pa...cuti new year..mg lepas cuti gak...bosan tahap cipan...tak tau nak buat apa...sumer org balik..

aku ucapkann Selamat tahun Baru kepada sumer...baguih,thn nie takda sambutan tahun baru...kununnya memperingati tsunami...

sebut tahun baru nie...ramai orang akan tanya or kalo bloggers tue akan buat entry pasal :

1) azam tahun baru
2) kenangan spnjg 2005..

bagi aku...azam tahun baru? ntahlah stakat nie tak decide lagi kot...
kenangan 2005..? ada manis lagi ada pahit...aku belajar pasal kehidupan..

Thursday, December 22, 2005

WORLD AIRPORT AWARDS 2005




Hong Kong International Airport

The Top 10 Airports in the world 2005

1. Hong Kong International Airport
2.Singapore Changi Airport
3.Seoul Incheon Airport
4. Munich Airport
5.Kansai International Airport
6.Dubai International Airport
7.Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
8.Amsterdam Schiphol Airport
9.Copenhagen Airport
10.Sdney Airport

Asiana Airlines's cabin crew

BEST CABIN STAFF - the world's top airlines
1.Asiana Airlines
2.Thai Airways
3.Malaysia Airlines
4.Singapore Airlines
5.Qatar Airways
6.China Airlines
7.Air Tahiti Nui


Cathay Pacific Airlines

AIRLINE OF THE YEAR 2005
1 .Cathay Pacific
2,Qantas Airways
3.Emirates
4.Singapore Airlines
5.British Airways
6.Malaysia Airlines
7.Thai Airways

Tuesday, December 20, 2005

erm...


dah masuk 3rd week dah...kelas pun cam tak berapa nak ada...semalam aku hanya ada kelas sejam jek...kelas kul 8 pagi...kelas kul 9 dan 10 tak da..

erm pa gik bila dah tak da masuk lab er...
hari nie pun kelas tak da gik...
erm,yg terkezutnyer...tadi kelas Civil Procedure 2, Dato' Hamid masuk ngajar ganti madam juriah sepanjang sem nie...

chuak gak bila dia ngajar..laju tak hengat..but bestler..

semalam gak aku gik amik borang tuk buat double degree..aku pun tak comfirm gik nak smbg syariah or tak...but amik jek borang tue duluk..
borang grads pun tak hantr gik..

skang tgh tg JPA masuk..biler ler nak masuk nie...
bnyk bende nak buat bile duit nak masuk nie..

Monday, December 19, 2005

Jejalan Ke Aquaria gan Convention Center



lelampu kat pintu masuk..cam menarik jek..


ikan jaws yg dtg dari africa



kekuda laut...



my big bro...


kekerusi kat convention center



fidin ? ahaks.....!


Friday, December 16, 2005


Antara Forum Perdana Ehwal Islam gan Konsert featuring Ramli Sarip..




Semalam kat Uia berlangsung dua events serentak, Forum Perdana Ehwal ISlam gan Konsert featuring Ramli Sarip..

Forum Perdana Ehwal Islam nie berlangsung kat main auditorium yg tajuk agak boring bagi majoriti bebudak uia..malaysia pencetus ketamadunan bla bla..
(ntahler aku pun tak ingat tajuk penuhnyer)

Panelistnyer terdiri daripada Dato Mat Zin, Dr Uthaman el Muhammady,gan Cikgu Sidek Baba..
yang kesiannyer,tak ramai yang datang...
yang datang pun hanya kerana attendance tuk BTN yg kununnya wajib...
padehal tak kira pun attendancenya,BTN yg sebetulnya hanya berlangsung pada 24hb nie...

sesuka hati jek uia nie nak wajibkan student gik program gan guna nama BTN..
kalo tak buat camgitu,for sure tak ramai yang dtg..
dulu pun dah pernah buat gak..bukan ilmiah sgt pun...but dah jadik tempat untuk berbicara pasal politik dan menghentam pihak yg sebelah sana...

malam tadi pun dok cerita pasai islam had hari sepanjang program...nasib ada cikgu sidek yg ilmiah penyampaianya..

pas tue aku pun kuar jap nak gik tgk ramli sarip kat CAC...

Ya Allah,penuh giler CAC,sampai atas nun...kiranyer macam konvo laks...
semalam ada band uia,uitm,ramli sarip aaa...
kiranyer dah jadik cam konsert ler kat uia nie...

fidin bukan nak mengecam sesapa dalam hal ini...
cuma mengapa harus dibuat dua events yg berbeza dalam satu malam,tambah pula dimalam jumaat laks...

pastu penganjuranya(konsert) agak tidak islamik sket...
bebudak lelaki mmg bercampur gan bebudak perempuan...
bila dah dok bersama,bnykler adegan yg diingini berlaku...dalam gelap laks tue..sapa nak nampak and sapa nak marah pasal nie...
seolah2 inilah prog yg ditg bebudak uia setalah sekian lama dihidang akan nasyid jek...

ntahler...apa tindakan SRC kali ini?

Bukalah mata bukalah hati and dan fikirlah secara rasional dan bukan emosional akan hal ini...

Thursday, December 08, 2005

Final Sem.....? Ntahler...


Ahaks...Dah 4 hari dah sem baru dat setat..

Nie final sem aku kat uia...

ntahler...cam tak nak sambung syariah jek....

bukan apa,bnyk tanggungjawab yg nak kena pikul pas grads....

spnjg cuti lepas,aku bnyk terfikir pasal masa depan...

nak keje apa? master? syariah? chambering?

still blur gik skang....


sem baru gak satu sem yang agak boring lagi kehilangan...

ramai kengkawan yang dah grads...

kalo dulu meriah jek dok ali tue...skang tgl berapa kerat jek kat ali...

bnyk bebudak junior...

tapi ada sorang kawan aku namanye khaie yg tersangat sangap tahap cipan lagi dewa coz kehilangan roomate yg gile2 tue...

tiap2 hari balik bilik hanya tuk tdo...room mate nye yg tak bnyk bercakap...

ahaks! sem nie gak bilik aku jadik port tuk hilangkan kebosanan diaorang...

tiap ptg dtgler manusia2 yg sangap itu ke bilik aku...termasukler kanot yg buat bilik cam transit room sementara nak tg kelas ptg...

semalam razwan laks dtg uruskan 'something' kat kuliah...

bgs gak dtg dapatler bnyk ole2 from korea..bnyk gak dia borong souvenir kat korea...

yg pastinya,koleksi tin2 minuman aku dari oversea dah bertambah...latest from korea..

adeler minum air korea..ala2 cam hundred plus gitu..di samping makan kim...

pepun saki baki idup kat uia nie mesti diteruskan sampai grads...

kepada mereka yg dah grads tue...smg trus dpt keje ek..ingat ler kat org yang tak grads gik nie..ahaks!

Monday, December 05, 2005

Bantah Interfaith Commission (IFC)...
Kenapa Kita Mesti Bantah IFC


1. Sikap Anti-Islam Pihak Penaja
Pihak Penaja jelas menunjukkan sikap yang anti-Islam. Ini adalah kerana beberapa memorandum yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini seperti berikut:

Seseorang Muslim patut diberi hak untuk meninggalkan Islam walaupun agama Islam tidak membenarkannya;

Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan (dilihat dari aspek pelbagai dokumen antarabangsa mengenai hak asasi manusia dan hujah-hujah kes mahkamah di negara-negara bukan Islam) seharusnya diguna-pakai dalam menentukan hak seseorang Muslim memilih untuk murtad, dan bukannya undang-undang syarak;

Untuk memudahkan proses murtad Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang seharusnya diberi kuasa menentukan hak seorang Muslim itu keluar dari agamanya;
Usaha yang diambil oleh Pihak Berkuasa Syariah Negeri memulihkan orang-orang yang bakal murtad dipertikaikan;

Istilah “Muslim” di bawah Undang-undang Enakmen Negeri terlalu luas walaupun didapati konsisten dengan undang-undang Syariah;

Seseorang itu tidak harus dianggap Muslim hanya disebabkan kedua ibubapanya Muslim atau beragama Islam atau dalam keadaan lain berdasarkan Undang-undang Syariah. Individu berkenaan sepatutnya membuat pilihan atas kehendaknya sendiri;

Agama seseorang Muslim itu tidak sepatutnya tercatat pada Kad Pengenalannya.
Isu-isu di atas langsung tidak ada kena mengena dengan hubungan antara agama tetapi adalah bersabit dengan ajaran Islam yang tidak boleh dipertikaikan oleh penganut-penganutnya sendiri apatah lagi oleh orang-orang bukan Islam.

Pelbagai memorandam yang dikeluarkan pihak penaja IRC/IFC terang-terang merupakan tindakan campur tangan yang serius terhadap ajaran Islam.
Sikap dan perasaan benci yang amat mendalam terhadap Islam di kalangan ahli-ahli pihak penaja yang bukan Muslim amat jelas kerana tidak mengendahkan bantahan seluruh ummat Islam dan badan-badan yang SAH mewakili Islam.

Dengan kebencian mereka terhadap Islam – seperti yang terbukti melalui artikel yang ditulis oleh Ahli Kanan Majlis Peguam dalam warta mereka yang menghina azan yang mana telahpun dijawab oleh YAB Perdana Menteri – adalah dikhuatiri tuntutan lain pula akan menyusul sehingga ciri-ciri keIslaman negara ini terurai. Pernah diperkatakan Malaysia hampir mencapai kedudukan sebagai sebuah Negara Islam, kalau tidak kerana campur tangan kuasa penjajah dan ketibaan orang-orang bukan Muslim. Apakah kita sekarang ini sedang menyaksikan negara kita mundur semula menjadi negara sekular dengan Islam sebagai hiasan politik semata-mata?!

2. Isu-isu yang Dibangkit Tidak ada Kena Mengena Dengan Hubungan Antara Agama
Tiada satupun perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat-mesyuarat mereka ada berhubung dengan isu-isu orang-orang bukan Muslim. Malah isu-isu yang antaranya disebut di atas adalah kesemuanya berhubungkait dengan ajaran dan hak-hak orang Islam.

3. IFC/IRC Mencabar Perlembagaan Islam Sebagai Agama Rasmi Malaysia
Sebagai suatu strategi bagi menentukan penubuhan IRC, hanya bentuk kasar pertubuhan ini sahaja diperkenalkan buat masa ini. Isu-isu yang dibangkitkan itu, sekiranya tidak diambil kira implikasinya, kelihatan seperti munasabah: contohnya, mualaf yang ingin kembali kepada agama asal mereka apabila perkahwinan mereka dengan orang Islam gagal.

4. IFC Akan Menjadi Badan Yang Boleh Mempersoalkan Hukum-hakam Islam
Berdasarkan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Penubuhan IRC badan ini akan diwakili oleh Islam dan yang bukan Islam dengan kuasa untuk menerima aduan daripada penganut mana-mana agama terhadap agama Islam dan akan membuat keputusan menyoal dan menuntut supaya diubah beberapa ajaran Islam yang fundamental, yang telah sekian lama termaktub dalam sistem perundangan Malaysia.

5. IFC Bakal Campur Tangan Dalam Pentadbiran Hal Ehwal Islam
IFC semestinya akan campur tangan dalam susunan perlembagaan sedia ada yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal agama Islam yang mana kuasa diberi kepada Raja-Raja, Majlis Agama Islam Negeri dan Badan-badan lain serta pegawai-pegawainya. IFC akan mendapat tentangan hebat daripada pihak-pihak tersebut. Implikasi bagi perpaduan ummah, hubungan di peringkat Persekutuan dengan Negeri dan cabaran kepada pentadbiran Islam yang sedang menghadapi pelbagai masalah, adalah serius.

MAKA, adalah menjadi tanggung jawab seluruh ummat Islam di negara ini supaya membantah cadangan penubuhan IRC/IFC ini. Membenarkan penubuhannya walaupun dalam bentuk yang paling sederhana sekalipun akan membuka ruang kepada lebih banyak lagi tuntutan untuk memperkukuhkannya sehingga ia dapat melemahkan Islam dengan berkesan.


Lagi Baca kat :

1) The IFC Bill: An Anti-Islam Wish List
2)The IFC bill: The threat to Muslims in Malaysia
3) Bantah IFC

Thursday, December 01, 2005

Gegambar Terbaru Azrinaz Mazhar Hakim...
Nie aku bagi kat korang gambar terbaru bekas personaliti TV 3, Azrinaz Mazhar hakim yang berkahwin gan Sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah..