Saturday, September 10, 2005

Kenapa Saya Masih Belum Kaya
( Part One )

( Petikan Dari Buku Petunjuk Jalan Kekayaan oleh Chef Li )

6 Kunci Kekayaan

“ Kekayaan adalah hasil pekerjaan kita sendiri. Hasil dari suatu yang praktis. Ia bukan hasil renungan atau imaginasi. Ia bukan jatuh dari langit. Ia bukan durian yang runtuh di hadapan kita. Ia bukan bulan jatuh ke riba….”


Kunci Kekayaan Yang Pertama : Mempunyai Usaha Yanag Mendatangkan Wang

Kenapa kita tidak kaya? Jawabnya kerana kita tidak memperkayakan diri kita sendiri. Setiap hari kita berusaha dan bekerja untuk memperkayakan orang lain. Anak isteri kita bahkan seluruh keluarga kita tidak membantu kita menjadi kaya…sebaliknya mereka turut membantu memperkayakan orang lain!.....

Dalam erti kata yang lain, etiap hasil dari pendapatan yang kita perolehi kita masukkan ke dalam poket orang lain dan akhirnya membuatkan mereka jadik kaya…

Mungkin kita tertanya-tanya siapakah mereka2 yang berkenaan…Mereka adalah orang2 yang memenuhi keperluan kehidupan kita. Kita membayar wang kepada mereka untuk sebagai tukaran kepada keperluan tersebut..

Sebagai contoh, penjual sayur, ikan, daging di pasar, peniaga kedai runcit, penjual pakaian dan lain lain lagik..

Kunci Kekayaan Yang Kedua : Kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan..


“ Tidak akan kaya sampai mati pun kalo anda tak memulakan usaha untuk menyimpan. Simpan sebahagian dari pendapatan anda yang perolehi setiap bulan…”

Di sini akan timbul satu tanda tanya..

“ Eh, camana nak simpan duit tiap-tiap bulan…padahal duit gaji yang dapat setiap bulan pun cukup2 makan jek..Nak bayar umah, minyak etc…..”

Sebenarnya ituler kesilapan kita..Kita tidak akan kelebihan wang kalo kita sendiri tidak mula untuk meyimpan. Kita sebenarnya boleh menyimpan jika kita mahu. Jangan fakir akan jumlah untuk kita simpankan setiap bulanan, tapi fikirkanlah camana kita boleh trus menyimpan duit…

Katakanlah pendapatan yang anda perolehi etiap bulan adalah RM 1000 lebih or RM 2000 lebih sebulan…maka agihkan duit gaji anda seperti kat bawah ini…

Simpan 1/10 untuk dilupakan..( untuk digunakan ketika kecemasan )
Simpan 1/10 untuk bayor hutang..
Simpan 1/10 untuk agama ( termasuk zakat ) termasuk sumbangan kemasyarakatan.
Gunakan 2/10 tuk family
Gunakan 1/10 untuk diri sendiri
Berikan 1/10 kepada ibu bapa
Laburkan 2/10 untuk digandakan semula
Laburkan 1/10 untuk perniagaan yang sedia ada…


Kunci Kekayaan Yang Ketiga : Menggandakan wang yang kita perolehi dengan pelaburan yang bersih dan lagi menguntungkan..

“ Menggandakan wang adalah dengan melaburkannya emula ke dalam perniagaan supa kebupayaan dan kebolehan untuk kita menyimpan akan bertambah. Dewasa ini ada banyak jenis pelaburan yang boleh anda pilih..”

Harus diingatkan pelaburan itu mestilah untuk jangka panjang. Tiada pelaburan singkat..

Haru melabur secara bijak, sabar dan berani..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home