Wednesday, August 31, 2005



Sedikit Biodata


Ari nie fidin bagi kat korang pasal biodata mengenai Paduka Sri Baginda Sultan Brunei Dan Azrinaz Mazhar Hakim...


First sekali Mengenai Sultan Brunei.

Sultan Brunei iaitu Paduka Sri Baginda Sultan Haji Hassan al-Bolkiah Mu'izz ud-din Waddaulah ibni al-Marhum Sultan Haji 'Omar 'Ali Saif ud-din Sa'ad ul-Khairwaddien

Diputerakan Pada 15 Julai !946 di Istana Dar ul-Salam, Bandar Sri Begawan.

Berkahwin kali pertama pada tanggal 29 Julai 1965, dengan Yang Mulia Paduka Sri Raja Istri Pangeran Anak Saleha.Paduka Sri Raja Istri Pangeran Anak Saleha yang diputerikan pada tanggal 7 Oktober 1946 merupakan anak perempuan kepada YTM Pangeran Pemancha Sahib ul-Rae' Wal Mushuarat Pangeran Anak Haji Muhammad 'Alam ibni al-Marhum Pangeran Anak 'Abdu'l Rahman.

Baginda dikurniakan 2 orang putera dan 4 puteri iaitu :

1 ) Yang Teramat Mulia Duli Paduka Sri Pangeran Muda Mahkota Pangeran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang diputerakan pada tanggal 17 Februari 1974 di Istana Dar ul-Hana, Brunei,

2) Paduka Sri Pangeran Muda 'Abdu'l Malik yang diputerakan pada 30 Jun 1983 .

3) Paduka Sri Pangeran Anak Putri Hajjah Rashida Sa'adat al-Bolkiah diputerikan pada 26 Julai 1969 .

4) Paduka Sri Pangeran Anak Putri Hajjah Muta-Wakillah Hayat al-Bolkiah diputerikan pada 12 Oktober 1971

5) Paduka Sri Pangeran Anak Putri Majida Nur al-Bolkiah diputerikan pada 16 Mac 1976

6 ) Paduka Sri Pangeran Anak Putri Hajjah Hafiza Surur al-Bolkiah diputerikan pada 12 Mac 1980 .


Kemudian Baginda berkahwin pula kali kedua bersama Dayang Hajjah Mariam binti Haji 'Abdu'l Aziz pada 28 Oktober 1981. Dayang Mariam dilahirkan pada 29 Januari 1956 sebelum ini menggunakan Pangeran Istri sehinggalah beliau diceraikan pada Februari 2003.

Serentak dengan itu seluruh gelaran Di Raja yang dikurniakan telah ditarik balik oleh Paduka Sultan Brunei..

Bersama dengan Dayang Mariam, Baginda Sultan telah dikurniakan seramai 2 putera dan 2 puteri iaitu :

1) Pangeran Anak Haji 'Abdu'l 'Azim diputerakan pada 29 Julai 1982 .

2) Pangeran Anak 'Abdu'l Mateen diputerakan pada 10 Ogos 1991

3) Pangeran Anak Putri Azima Ni'mat al-Bolkiah diputerikan pada 26th September 1984.

4) Pangeran Anak Putri Fadzila Lubab al-Bolkiah yang diputerikan 23 Ogos 1985 .

Terkini Baginda telah melangsungkan Perkahwinan Baginda kali Ke tiga bersama Azrinaz binti Mazhar Hakim pada 19 Ogos 2005. di Kuala Lumpur..

Mungkin Puan Azrinaz MAzhar Hakim akan menggunakan gelaran Yang Teramat Mulia Pangeran Istri Azrinaz iaitu gelaran yang pernah digunakan oleh Dayang Mariam suatu ketika dahulu.

Berita Perkahwinan ini hanya disebarkan di Kuala Lumpur sahaja.. Tetapi di Brunei hanya diumumkan pada hari Khamis lalu..


Azrinaz Mazhar Hakim

Dilahirkan pada pada tahun 1979. Azrinaz atau lebih dikenali dengan panggilan Naz mengambil jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) atau Akademi TV3 pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 dua tahun kemudian.

Bagaimanapun, Wartawan Harapan TV3-2000 itu meletakkan jawatan pertengahan Mei lalu dengan alasan untuk menceburi bidang lain. Beliau menerima Anugerah Alumni MIIM pada 2002.Azrinaz sebelum ini dianggap antara penyampai berita popular TV3 selepas kerap muncul dalam segmen Buletin Pagi, Berita Terkini dan Buletin 1.30.

Sementara itu, sumber terdekat Azrinaz berkata, bibit perkenalan mereka bermula ketika Sultan Hassanal Bolkiah menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Pucon, Chile, Jun tahun lalu.Azrinaz pula ada di situ untuk membuat liputan bagi TV3.


Majlis perkahwinan diraja diadakan di Istana Hinggap Rumah Awang Alak Betatar di Jalan Ampang, Sabtu lalu.

Sementara itu antara rakannya yang menerima jemputan itu menyatakan :

“Kami menerima sampul surat mengandungi kad jemputan perkahwinan unik dengan bertinta emas.“Anehnya, kad itu tidak menyatakan tujuan ia dihantar, sekadar memaparkan gambar tepak sirih di bahagian luar serta peta lokasi majlis di bahagian dalam,”

Sumber itu berkata, mereka turut dinasihatkan supaya tidak memakai pakaian berwarna kuning, selain dilarang membawa kamera atau perakam video.Katanya, dia bersama rakan lain kemudian menuju ke lokasi ditetapkan itu sebelum memasuki pekarangan istana pada jam 8 malam.

“Mulanya kami hanya meneka dalam samar terhadap tujuan jemputan itu, namun semuanya terjawab sejurus melihat raut manis Azrinaz di samping Sultan Hassanal Bolkiah.“Kami gembira bercampur terkejut tatkala melihat Azrinaz tampil anggun sambil melemparkan senyuman manis,”

Majlis tidak formal secara tertutup itu hanya menjemput kenalan rapat serta saudara terdekat Azrinaz yang dianggar lebih 200 tetamu.

“Majlis yang lebih bersifat untuk beramah mesra itu berlangsung dalam suasana tenang dan tersusun rapi.“Azrinaz dan Sultan Hassanal Bolkiah kemudian mendekati setiap meja tetamu sebelum bersalaman dan berbual mesra. Kami dapat lihat raut wajah jelita Azrinaz tidak lekang dengan senyuman,” katanya.



Itulah serba sedikit mengenai Perkahwinan Diraja Sultan Brunei, Paduka Sri Baginda Sultan Haji Hassan al-Bolkiah Mu'izz ud-din Waddaulah ibni al-Marhum Sultan Haji 'Omar 'Ali Saif ud-din Sa'ad ul-Khairwaddien, dengan Azrinaz Mazhar Hakim...

Didoakan agar terus berbahagia hingga ke akhir hayat.. AMIN..

1 Comments:

Blogger Padian said...

It is strange how people rejoice for the wedding but does not think about the rest of the BRUNEI ROYAL Family. And as for your hope of speculation of this woman having bore the same title as the previous X-WIFE, why don't you just leave the SULTAN to think about that and what is best for him, than you creating further speculation that may only hurt innocent people futher than you already have?

What is people's big interest in it anyways? A lot of MEN in your country marries more than ONE wife... WE NEVER SPECULATE or make a huge thing out of an ANT HILL!!!

8:51 PM  

Post a Comment

<< Home