Monday, August 08, 2005

SENYUMAN JUARA: Selepas 10 minggu bertahan, Mawi akhirnyamembuktikan bahawa dialah juara sebenar untuk terusbertakhta di hati peminat setianya dalam pertandingan akhir Akademi Fantasia 3 yang diadakandi Stadium Malawati, malam tadi.
Mawi Juara AF 3!
Mawi pelajar yang berjaya merangkul kesemua Anugerah Akademi Fantasia dan membawa pulang sebuah apartment di A'Famosa, Melaka dan sebuah kereta Suzuki Swift! Keputusan undian telah menyatakan bahawa Mawi adalah Juara Akademi Fantasia untuk musim ketiga ini! Bukan itu sahaja, Mawi juga telah berjaya memenangi Anugerah Vokal Terbaik (AFVOKAL) dan juga Anugerah Persembahan Terbaik (AFBAIK). Wah, nasib sememangnya menyebelahi Mawi. Mawi telah menitiskan airmata kegembiraan ketika diumumkan sebagai Juara Akademi Fantasia. Semestinya Mawi merasa terkejut dan terharu dengan keputusan yang diberikan.
Kemenangan Mawi, 24 yang menyandarkan lagu Seroja (penyanyi asal S Effendi) dan Aduh Saleha, ciptaan M Nasir, memang sudah diduga kerana sejak dimasukkan semula ke AF3, kedudukan undian untuk peserta dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu sentiasa pada paras teratas.Suara Mawi terutama ketika mendendangkan lagu Seroja memikat lebih 6,000 penonton yang memenuhi stadium itu, malah tiga pengkritik - Kudsia Kahar, Adlin Aman Ramli dan Syafinaz juga terpegun dengan persembahannya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home