Saturday, July 30, 2005

Aku bermadah…

Kekadang
aku sering terfikir dan tertanya-tanya buat apa aku habiskan masa aku untuk menunggu sesuatu perkara yg aku betul-betul tak pasti akan kebenarannya…

Kekadang
Aku sering merenung jauh ke depan dan tertanya-tanya,perlukah aku menunggu dia untuk berubah atau aku hanya membuang masa menunggu dan memikirkannya…

Kekadang

Hati ini gundah bila memikirkan buat apa aku sanggup melakukan pengorbanan kepada orang lain padahal orang itu sendiri tak sanggup lakukan sesuatu untuk kita padahal terus mengharap kita berkorban untuk dia lagi... dan aku mengerti bahawa kita harus menolong seseorang itu tanpa mengharap sebarang balasan dan hanya kerana ALLAH..

Kekadang
Aku sering tertanya-tanya perlukan aku membantu insan ini kerna insan ini hanya datang lantas mengiktiraf akan kewujudan kita pabila dia dilanda kesusahan,namun tatkala berada dalam kegembiraan,kita dilupakan seolah tidak pernah wujud di dunia yang hanya sementara persinggahannya.

Apa jua keadaan sekalipun, aku akan terus menjadi diri aku dan tak akan lagi menoleh ke belakang lagi untuk memikirkan dan menantikan suatu perkara yang tak pasti tiba..

Ku serahkan pada Yang Esa,kerna hanya Dia yang mampu lakukan segalanya termasuk memberi hidayah kepada hamba-hamba-Nya


0 Comments:

Post a Comment

<< Home