Monday, August 29, 2005

Sorotan Seminggu….( cam berita laks ! )


Ahaks! Ari nie genap seminggu aku tak update blog nie..

Sesungguhnya bnyk peristiwa dan perkara yang berlaku sepanjang minggu nie…

Tapi alhamdulillah summer nya berjalan lancar..

Sepanjang minggu nie pun ada 2 perkahwinan yang melibatkan orang kenamaan…

Perkahwinan Sultan Brunei dengan wartawan penyiaran TV 3, Azrinaz Mazhar Hakim yang mungkin akan guna namagelaran Yang Teramat Mulia Pangeran Istri..berita perkahwian ini hanya disebarkan di Malaysia..di brunei hanya diberitahu pada hari khamis lalu…

Satu gik perkahwinan antara
Dato' Azmi Khalid gan Normala Shamudin yang skang bergelar Datin Normala Shamudin yang terus menjawab segala spekulasi kononnya Normala berkahwin gan Sultan Pahang

Convest 2005 pun dah melabuhkan tirainya..sesungguhnya Convest 2005 nie bnyk citer disebaliknya… Apapun,kesimpulan yang boleh dibuat ialah, hambar, hampeh sedikit… compared tetahun lepas yang aku rasa lebih meriah dan menarik…bukanlah nak kata best disebabkan aku jadik comm. Convest,tak da kaitan pun…

Pepun
,tak bole gak salahkan Management Board Convest 2005 coz diaorang dah buat yang terbaik dah.. aku tau diaorang hadapi bnyk masalah birokrasi gan authority UIAM sendiri..Bayangkan dah bulan 5,working paper convest tak approve lagi..dah tue effect gak bnyk sub prog yang lain..pastu budget yang sket..tak leh expect diaorg buat lebih gempak…

Tapi itu bukan satu alas an tuk tidak buat yang gempak..sesatunya kurang publisiti..sampai student uia pun dok tanya,

“ Eh, tahun nie ada convest ker? Cam tak de jek..

“ Aku tak rasa bahangnya nak convest tahun nie..?..

( Fidin hanya quote kata dari kengkawan fidin…)

Tuk all Convest Management Board 2005..Tahniah atas segala kerja keras anda tuk memastikan Convest 2005 berjalan lancar..

One more thing pasal stall..tahun nie convest management board dah tak pegang dah..but under Koperasi UIAM…

Serius cakap, segalanya hampeh ! coz :

1) Harga makanan kat situ mahal giler…ari tue aku makan tgh hari..amik ayam goreng,sayur sket and nasik separuh = Rm 4 campur gan air jadik RM 5..
2) Tak bnyk gerai yang bukak tahun nie..yang bukak pun tak menarik pun..padahal bnyk lagi ruang kosong kat convest hill… kalo fidin aa jadik koop uiam nie,fidin akan penuhkan segala ruang yang ada kat convest hill tue tuk bukak gerai..bnyk gerai bnyk duit masuk…

Inilah yang menjadik sebab Convest 2005 jadik hampeh coz daya penarik Convest 05 adalah stall and bazaar..

Dah cukup kot citer pasal convest 05 nie..

Dah tue minggu nie fidin ada 3 tests..dalam masa 2 hari tue ada 3 mid term..
CPC ari selasa petang, PIL gan CP hari rabu hanya ada gap sejam jek…

Ntahlah cam hampeh jek jawab..ramai jek yang bincang masa exam tak ketinggalan gak bwk toyol kecik… lecture pun tak perasan coz exam kat moot court..

Itulah padahnya coz studi last minute..


Pastu hari rabu nie dah nak merdeka dah…

Bila sebut pasal Merdeka nie..perkara yang selalu bermain di fikiran aku gan reramai org lain ialah….

“ Malaysia nie dah betul2 merdeka ker?”

“ Adakah merdeka itu di sambut gan hanya kibarkan bendera,ada perbarisan, ada konsert dan lain lain lagi…?”

“Camana cara terbaik nak sambut merdeka nie.?”

Itulah antara soalan yg selalu di tanya di kalangan orang awam..

Mgkn tak timbul semangat kemerdekaan ini disebabkan kita sendiri tak merasa kesusahan yang dialami oleh orang2 yang alaminya sblm kemerdekaan..

Sesungguhnya manusia itu akan merasa sesuatu nikmat itu pabila nikmat itu hilang itu dari mereka…

Kalo disurvey di kalangan remaja dewasa ini ramai yang hanya menyambut merdeka itu kerana orang menyambutnya..

Menyambutnya pun dgn cara hiburan yang melampau hinggakan melampaui batas2 agama dan nilai2 ketimuran..

Tak caya gik aa tgk kat Bkt Bintang, Bangsar, Hartamas dan dll…

Fidin nak tamatkan coretan ini gan atu persoalan tuk kita summer berfikir gan terbuka,rasional dan bukan ikut nafu amarah…

“ Adakah negara kita skang betul2 merdeka atau hanya merdeka dari nama sahaja?

Kerna dengan 48 tahun,satu usia yang sudah matang, kalo diukur dengan usia manusia pun dah kira agak berusia…

Jawapannya terpulang pada diri anda untuk menilainya…

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 48 !








1 Comments:

Blogger Iz said...

rasanya convest kat UIA mmg tak pernah best sejak dari dulu lagi. Universiti lain lebih meriah. try pergi UKM or UPM punya, happening sket.

8:51 PM  

Post a Comment

<< Home