Wednesday, August 31, 2005



Sedikit Biodata


Ari nie fidin bagi kat korang pasal biodata mengenai Paduka Sri Baginda Sultan Brunei Dan Azrinaz Mazhar Hakim...


First sekali Mengenai Sultan Brunei.

Sultan Brunei iaitu Paduka Sri Baginda Sultan Haji Hassan al-Bolkiah Mu'izz ud-din Waddaulah ibni al-Marhum Sultan Haji 'Omar 'Ali Saif ud-din Sa'ad ul-Khairwaddien

Diputerakan Pada 15 Julai !946 di Istana Dar ul-Salam, Bandar Sri Begawan.

Berkahwin kali pertama pada tanggal 29 Julai 1965, dengan Yang Mulia Paduka Sri Raja Istri Pangeran Anak Saleha.Paduka Sri Raja Istri Pangeran Anak Saleha yang diputerikan pada tanggal 7 Oktober 1946 merupakan anak perempuan kepada YTM Pangeran Pemancha Sahib ul-Rae' Wal Mushuarat Pangeran Anak Haji Muhammad 'Alam ibni al-Marhum Pangeran Anak 'Abdu'l Rahman.

Baginda dikurniakan 2 orang putera dan 4 puteri iaitu :

1 ) Yang Teramat Mulia Duli Paduka Sri Pangeran Muda Mahkota Pangeran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang diputerakan pada tanggal 17 Februari 1974 di Istana Dar ul-Hana, Brunei,

2) Paduka Sri Pangeran Muda 'Abdu'l Malik yang diputerakan pada 30 Jun 1983 .

3) Paduka Sri Pangeran Anak Putri Hajjah Rashida Sa'adat al-Bolkiah diputerikan pada 26 Julai 1969 .

4) Paduka Sri Pangeran Anak Putri Hajjah Muta-Wakillah Hayat al-Bolkiah diputerikan pada 12 Oktober 1971

5) Paduka Sri Pangeran Anak Putri Majida Nur al-Bolkiah diputerikan pada 16 Mac 1976

6 ) Paduka Sri Pangeran Anak Putri Hajjah Hafiza Surur al-Bolkiah diputerikan pada 12 Mac 1980 .


Kemudian Baginda berkahwin pula kali kedua bersama Dayang Hajjah Mariam binti Haji 'Abdu'l Aziz pada 28 Oktober 1981. Dayang Mariam dilahirkan pada 29 Januari 1956 sebelum ini menggunakan Pangeran Istri sehinggalah beliau diceraikan pada Februari 2003.

Serentak dengan itu seluruh gelaran Di Raja yang dikurniakan telah ditarik balik oleh Paduka Sultan Brunei..

Bersama dengan Dayang Mariam, Baginda Sultan telah dikurniakan seramai 2 putera dan 2 puteri iaitu :

1) Pangeran Anak Haji 'Abdu'l 'Azim diputerakan pada 29 Julai 1982 .

2) Pangeran Anak 'Abdu'l Mateen diputerakan pada 10 Ogos 1991

3) Pangeran Anak Putri Azima Ni'mat al-Bolkiah diputerikan pada 26th September 1984.

4) Pangeran Anak Putri Fadzila Lubab al-Bolkiah yang diputerikan 23 Ogos 1985 .

Terkini Baginda telah melangsungkan Perkahwinan Baginda kali Ke tiga bersama Azrinaz binti Mazhar Hakim pada 19 Ogos 2005. di Kuala Lumpur..

Mungkin Puan Azrinaz MAzhar Hakim akan menggunakan gelaran Yang Teramat Mulia Pangeran Istri Azrinaz iaitu gelaran yang pernah digunakan oleh Dayang Mariam suatu ketika dahulu.

Berita Perkahwinan ini hanya disebarkan di Kuala Lumpur sahaja.. Tetapi di Brunei hanya diumumkan pada hari Khamis lalu..


Azrinaz Mazhar Hakim

Dilahirkan pada pada tahun 1979. Azrinaz atau lebih dikenali dengan panggilan Naz mengambil jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) atau Akademi TV3 pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 dua tahun kemudian.

Bagaimanapun, Wartawan Harapan TV3-2000 itu meletakkan jawatan pertengahan Mei lalu dengan alasan untuk menceburi bidang lain. Beliau menerima Anugerah Alumni MIIM pada 2002.Azrinaz sebelum ini dianggap antara penyampai berita popular TV3 selepas kerap muncul dalam segmen Buletin Pagi, Berita Terkini dan Buletin 1.30.

Sementara itu, sumber terdekat Azrinaz berkata, bibit perkenalan mereka bermula ketika Sultan Hassanal Bolkiah menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Pucon, Chile, Jun tahun lalu.Azrinaz pula ada di situ untuk membuat liputan bagi TV3.


Majlis perkahwinan diraja diadakan di Istana Hinggap Rumah Awang Alak Betatar di Jalan Ampang, Sabtu lalu.

Sementara itu antara rakannya yang menerima jemputan itu menyatakan :

“Kami menerima sampul surat mengandungi kad jemputan perkahwinan unik dengan bertinta emas.“Anehnya, kad itu tidak menyatakan tujuan ia dihantar, sekadar memaparkan gambar tepak sirih di bahagian luar serta peta lokasi majlis di bahagian dalam,”

Sumber itu berkata, mereka turut dinasihatkan supaya tidak memakai pakaian berwarna kuning, selain dilarang membawa kamera atau perakam video.Katanya, dia bersama rakan lain kemudian menuju ke lokasi ditetapkan itu sebelum memasuki pekarangan istana pada jam 8 malam.

“Mulanya kami hanya meneka dalam samar terhadap tujuan jemputan itu, namun semuanya terjawab sejurus melihat raut manis Azrinaz di samping Sultan Hassanal Bolkiah.“Kami gembira bercampur terkejut tatkala melihat Azrinaz tampil anggun sambil melemparkan senyuman manis,”

Majlis tidak formal secara tertutup itu hanya menjemput kenalan rapat serta saudara terdekat Azrinaz yang dianggar lebih 200 tetamu.

“Majlis yang lebih bersifat untuk beramah mesra itu berlangsung dalam suasana tenang dan tersusun rapi.“Azrinaz dan Sultan Hassanal Bolkiah kemudian mendekati setiap meja tetamu sebelum bersalaman dan berbual mesra. Kami dapat lihat raut wajah jelita Azrinaz tidak lekang dengan senyuman,” katanya.



Itulah serba sedikit mengenai Perkahwinan Diraja Sultan Brunei, Paduka Sri Baginda Sultan Haji Hassan al-Bolkiah Mu'izz ud-din Waddaulah ibni al-Marhum Sultan Haji 'Omar 'Ali Saif ud-din Sa'ad ul-Khairwaddien, dengan Azrinaz Mazhar Hakim...

Didoakan agar terus berbahagia hingga ke akhir hayat.. AMIN..

Tuesday, August 30, 2005

ahaks!


since ramai dok mencari berita pasai Sultan Brunei gan Azrinaz MAzhar Hakim...aku akan buat satu entry pasal biodata Sultan Brunei an Azrinaz Mazhar Hakim..

maybe bnyk pasal sultan brunei kot coz ada sket jek pasal Azrinaz Mazhar Hakim nie..


aku akan citer gak sket pasal gelaran2 yang digunakan kat brunei camana...

tunggu aa esok...

ahaks!

Monday, August 29, 2005

Sorotan Seminggu….( cam berita laks ! )


Ahaks! Ari nie genap seminggu aku tak update blog nie..

Sesungguhnya bnyk peristiwa dan perkara yang berlaku sepanjang minggu nie…

Tapi alhamdulillah summer nya berjalan lancar..

Sepanjang minggu nie pun ada 2 perkahwinan yang melibatkan orang kenamaan…

Perkahwinan Sultan Brunei dengan wartawan penyiaran TV 3, Azrinaz Mazhar Hakim yang mungkin akan guna namagelaran Yang Teramat Mulia Pangeran Istri..berita perkahwian ini hanya disebarkan di Malaysia..di brunei hanya diberitahu pada hari khamis lalu…

Satu gik perkahwinan antara
Dato' Azmi Khalid gan Normala Shamudin yang skang bergelar Datin Normala Shamudin yang terus menjawab segala spekulasi kononnya Normala berkahwin gan Sultan Pahang

Convest 2005 pun dah melabuhkan tirainya..sesungguhnya Convest 2005 nie bnyk citer disebaliknya… Apapun,kesimpulan yang boleh dibuat ialah, hambar, hampeh sedikit… compared tetahun lepas yang aku rasa lebih meriah dan menarik…bukanlah nak kata best disebabkan aku jadik comm. Convest,tak da kaitan pun…

Pepun
,tak bole gak salahkan Management Board Convest 2005 coz diaorang dah buat yang terbaik dah.. aku tau diaorang hadapi bnyk masalah birokrasi gan authority UIAM sendiri..Bayangkan dah bulan 5,working paper convest tak approve lagi..dah tue effect gak bnyk sub prog yang lain..pastu budget yang sket..tak leh expect diaorg buat lebih gempak…

Tapi itu bukan satu alas an tuk tidak buat yang gempak..sesatunya kurang publisiti..sampai student uia pun dok tanya,

“ Eh, tahun nie ada convest ker? Cam tak de jek..

“ Aku tak rasa bahangnya nak convest tahun nie..?..

( Fidin hanya quote kata dari kengkawan fidin…)

Tuk all Convest Management Board 2005..Tahniah atas segala kerja keras anda tuk memastikan Convest 2005 berjalan lancar..

One more thing pasal stall..tahun nie convest management board dah tak pegang dah..but under Koperasi UIAM…

Serius cakap, segalanya hampeh ! coz :

1) Harga makanan kat situ mahal giler…ari tue aku makan tgh hari..amik ayam goreng,sayur sket and nasik separuh = Rm 4 campur gan air jadik RM 5..
2) Tak bnyk gerai yang bukak tahun nie..yang bukak pun tak menarik pun..padahal bnyk lagi ruang kosong kat convest hill… kalo fidin aa jadik koop uiam nie,fidin akan penuhkan segala ruang yang ada kat convest hill tue tuk bukak gerai..bnyk gerai bnyk duit masuk…

Inilah yang menjadik sebab Convest 2005 jadik hampeh coz daya penarik Convest 05 adalah stall and bazaar..

Dah cukup kot citer pasal convest 05 nie..

Dah tue minggu nie fidin ada 3 tests..dalam masa 2 hari tue ada 3 mid term..
CPC ari selasa petang, PIL gan CP hari rabu hanya ada gap sejam jek…

Ntahlah cam hampeh jek jawab..ramai jek yang bincang masa exam tak ketinggalan gak bwk toyol kecik… lecture pun tak perasan coz exam kat moot court..

Itulah padahnya coz studi last minute..


Pastu hari rabu nie dah nak merdeka dah…

Bila sebut pasal Merdeka nie..perkara yang selalu bermain di fikiran aku gan reramai org lain ialah….

“ Malaysia nie dah betul2 merdeka ker?”

“ Adakah merdeka itu di sambut gan hanya kibarkan bendera,ada perbarisan, ada konsert dan lain lain lagi…?”

“Camana cara terbaik nak sambut merdeka nie.?”

Itulah antara soalan yg selalu di tanya di kalangan orang awam..

Mgkn tak timbul semangat kemerdekaan ini disebabkan kita sendiri tak merasa kesusahan yang dialami oleh orang2 yang alaminya sblm kemerdekaan..

Sesungguhnya manusia itu akan merasa sesuatu nikmat itu pabila nikmat itu hilang itu dari mereka…

Kalo disurvey di kalangan remaja dewasa ini ramai yang hanya menyambut merdeka itu kerana orang menyambutnya..

Menyambutnya pun dgn cara hiburan yang melampau hinggakan melampaui batas2 agama dan nilai2 ketimuran..

Tak caya gik aa tgk kat Bkt Bintang, Bangsar, Hartamas dan dll…

Fidin nak tamatkan coretan ini gan atu persoalan tuk kita summer berfikir gan terbuka,rasional dan bukan ikut nafu amarah…

“ Adakah negara kita skang betul2 merdeka atau hanya merdeka dari nama sahaja?

Kerna dengan 48 tahun,satu usia yang sudah matang, kalo diukur dengan usia manusia pun dah kira agak berusia…

Jawapannya terpulang pada diri anda untuk menilainya…

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 48 !








Monday, August 22, 2005

AZRINAZ Mazhar Hakim bekas penyampai berita TV3

SULTAN Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah

Sultan Brunei Kawin Lagi.....

Malam semalam telah berlangsung satu perkahwinan tertutup di antara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah gan bekas penyampai TV 3 , Azrinaz Mazhar Hakim...

Perkahwinan tue diadakan dalam majlis tertutup...

erm...bertuah sungguh ek dapat kawin gan antara orang yang paling kaya kat dunia nie..kiranyer nie perkahwinan ketiga Sultan Brunei...

Pepun didoakan agar terus berbahagia hendaknya...

lagi pasal Sultan Brunei kahwin baca kat :

1)Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim ijab kabul


Wednesday, August 17, 2005

nie aa Chef li
Bila fidin belajor memasak.....


ari tue ( ahad ) lepas aku gik belajar memasak gan Chef Li kat Sentul...
memang dah lama dah nak belajar memasak...cuma mg lepas jek ada kesempatan nak belajar...tu pun nasib baik jerebu dah abis...
kalo korang nak tau Chef li nie aa yang tulis buku menjadi Jutawan Senyap tue..
Kat sana aku belajar 9 jenis masakan..bnyk gak aa yg kena belajar...suatu yang baru bagi aku..
sebenarnya aku belajor memasak nie bukan tuk sesaja jek...but aku cdg nak nak jadik usahawan makanan aa..
aku memang bercita-cita nak bukak sendiri fast food yg malaysian sket..kalo tgk bidang makanan nie aa yg senang sket compared yg lain...
aku cadang nak bukak ala-ala cam dunkin donuts ker ,laksa shack ker or something cam gitu aa..
aku tau masih jauh lagi perjalanan nie,namun aku percaya ianya sebagai langkah pertama aku...
pasni masih ada bnyk langkah yg perlu aku tempuhi dan lalui...
pergghh ayat,tak hengat...ahaks!
kiranyer kalo korang nak rasa masakan aku leh aaa kot...
aku belajar :
1) nasi goreng belacan
2)nasi goreng jakarta
3) nasi goreng USA ( masa belajar nie aa aku baru tau USA is stand for what; Nasi goreng Udang sotong Ayam )
4) Nasi goreng cina
5) Sizzling noodles
6) Claypot noodles
7) Mee Kung Fu
8) SAn Hor FAn
9) Laksa Penang and Laksa Asam

Tuesday, August 16, 2005

sibuk....betui ka fidin ? ahaks!


stat ari nie bnyk keja yang di settlekan...

tak de mood nak tulis pepanjang....

test pun dah nak stat nie....

mgkn akan lmbt update coz tak de masa,but aku cuba aa tuk update before lelapkan mata...

tadi tak prepare discussion cpc,ramai gak tak prepared...

1) case review evidence, kes Dato' anwar ibrahim yg setebal 2 ratus lebih muka surat..
2) presentation CPC
3) report welfare for AGM
4) Test usul fiqh ari jumaat nie...
5) test minggu depan bnyk...

aku tak kira,sesibuk mana sekalipun aku akan conteng gak kat sini...


promote kengkawan aku...

kalo korang ada masa,lawat aa blog joe razwill

Saturday, August 13, 2005



Satu Selangor diisytiharkan Cuti......


Semalam Dato Khir Toyo telah mengisytiharkan cuti satu selangor hingga ari ahad nie...semua sekolah,tadika,universiti di selangor di arahkan tutup akibat API telah mencecah ke tahap bahaya..so hari aku pun cuti aa...tu pun diaorang bgtau kul 4.20 petang semalam...

pastu...Pak Lah semalam pun mengisytiharkan Darurat Jerebu di seluruh Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang setelah Indeks Pencemaran Udara (API) di dua kawasan itu mencecah lebih 500, yang dikategorikan sebagai ‘sangat membahayakan kesihatan’.

kiranyer kali kedua aa,diisytiharkan darurat pas thn 1997 kat s'wak...


Empat kawasan lain , Shah Alam, Putrajaya, Petaling Jaya dan Gombak, pula mencatat kualiti udara berbahaya pada jam 5 petang. Kuala Lumpur juga merekodkan kualiti udara berbahaya pada jam 11 pagi, iaitu 321, tetapi menyusut kepada 295 (sangat tidak sihat) pada 5 petang.

ramai gak orang yg tinggalkan k.l gik tempat lain yg tak ad ajerebu...

kat umah aku ,kat taiping,mak aku ckp pagi tadi hujan lebat gak..setelah lama tak hujan...bayangkan ek, taiping tu aa tempat paling bnyk hujan..kalo taiping tak hujan,tempat lain susah nak hujan aa...

aku pun cdg nak balik tpg...tak da jerebu..but ntahlah...

lagi berita pasal jerebu ari nie...baca kat :

1)Darurat di dua tempat
2)2 tempat darurat -- IPU di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang melepasi 500
3)Essential services to carry on, says PM
4)HAZE EMERGENCY!In Kuala Selangor and Port Klang
5)Takut darurat

Thursday, August 11, 2005






Jerebu Oh Jerebu...............

Semenjak dua menjak nie keadaan jerebu kat k.l nie makin teruk laks...makin hari makin tak nampak dibuatnya...kat uia nie pun, Allah yang tau segalanya camana nak ckp..bygkan dari kuliah law mmg tak nampak kolej budak lelaki yg selama ini memang mudah nak nampak...tapi nasib baik lagi tak isytihar darurat lagi kat sini... dan tak mustahil akan diisytiharkan darurat kalo keadaan bertambah teruk...

Pastu aku nasihatkan kat korang termasuk diri aku sendiri...kurangkan main or dok kat luar..pastu bnykkn minum air bebanyak ek...kalo sakit kang sape laks yg susah..

Bersama doakan agar jerebu ini akan berakhir gan cepatnya..dan MOga ALLAh akan turunkan hujan tuk kurangkan jerebu nie..

Kat uia nie akan dibuat semayang mintak hujan or sembayang istisqa'

Lagi pasal jerebu baca kat :

1)Darurat mungkin diisytihar -- Sekiranya kawasan dilanda jerebu bertambah serius
2)Sekolah terjejas teruk jerebu dibenar tutup
3)No end to haze until October

Monday, August 08, 2005

SENYUMAN JUARA: Selepas 10 minggu bertahan, Mawi akhirnyamembuktikan bahawa dialah juara sebenar untuk terusbertakhta di hati peminat setianya dalam pertandingan akhir Akademi Fantasia 3 yang diadakandi Stadium Malawati, malam tadi.
Mawi Juara AF 3!
Mawi pelajar yang berjaya merangkul kesemua Anugerah Akademi Fantasia dan membawa pulang sebuah apartment di A'Famosa, Melaka dan sebuah kereta Suzuki Swift! Keputusan undian telah menyatakan bahawa Mawi adalah Juara Akademi Fantasia untuk musim ketiga ini! Bukan itu sahaja, Mawi juga telah berjaya memenangi Anugerah Vokal Terbaik (AFVOKAL) dan juga Anugerah Persembahan Terbaik (AFBAIK). Wah, nasib sememangnya menyebelahi Mawi. Mawi telah menitiskan airmata kegembiraan ketika diumumkan sebagai Juara Akademi Fantasia. Semestinya Mawi merasa terkejut dan terharu dengan keputusan yang diberikan.
Kemenangan Mawi, 24 yang menyandarkan lagu Seroja (penyanyi asal S Effendi) dan Aduh Saleha, ciptaan M Nasir, memang sudah diduga kerana sejak dimasukkan semula ke AF3, kedudukan undian untuk peserta dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu sentiasa pada paras teratas.Suara Mawi terutama ketika mendendangkan lagu Seroja memikat lebih 6,000 penonton yang memenuhi stadium itu, malah tiga pengkritik - Kudsia Kahar, Adlin Aman Ramli dan Syafinaz juga terpegun dengan persembahannya.

Saturday, August 06, 2005

alhamdulillah....
i've got it.........
thanx to you, my source of inspiration

Friday, August 05, 2005

Sindrom malas menyerang...


ntahlah...
semenjak dua menjak nie terasa malas laks nak buat sesuatu kerja...

ntahlah...
Sampai skang aku nyer P.P tak buat lagi...sama gak gan Evidence aku..

ntahlah...
orang lain sumer dah buat P.P,bahkan dan hantaq pun...

ntahlah..
semenjak resign from bnyk post nie,rasa seronok pun ada...
rasa malas pun ada..
seronok coz,tak ada lagi taklifan buat aku..
malas coz, terlalu bnyk masa free sampai tak tau nak buat apa...

ntahlah...
manusia nie kalo tgh sibuk dia mintak supaya diberikan masa dia tuk tak sibuk...

ntahlah...
bila ada masa lapang,tak tau laks nak guna masa itu eelok..

ntahlah...
camana nak dapat semangat balik tuk jadik rajin lagi bersemangat..

ntahlah...
banyak perkara yang aku tengah fikirkan nie...

Tuesday, August 02, 2005


Kemangkatan Raja Fahd


Tadi diumumkan tentanag berita kemangkatan Raja Fahd, Penjaga Dua MAsjid Suci.Beita ini diumumkan oleh Menteri Penerangan Arab Saudi, Iyad Bin AMid Madani..

"With all sorrow and sadness, the royal court in the name of his highness Crown Prince Abdullah bin Abdel Aziz and all members of the family announces the death of the servant of the two holy mosques, King Fahd bin Abdel Aziz," Minister of Information Iyad bin Amin Madani announced on state television.

"He died after suffering an illness. God now allows the custodian of the two holy mosques, King Fahd, with great mercy and forgiveness, to reside in his wide heaven."

Putera Abdullah yang sebelum ini sebagai Putera Mahkota telah dilantik untuk menggantikannya.Manakala Putera Sultan telah dilantik menjadi Putera Mahkota Arab Saudi..


KING FAHD FACTS

Born in Riyadh in 1923

Appointed education minister in 1953, then became interior minister, and later deputy prime minister and Crown Prince

Ascended to the throne in 1982

Added the title Custodian of the Two Holy Mosques to his name in 1986

Invited US troops into Saudi Arabia in 1990 to counter the threat of Iraqi invasion

Suffered a series of strokes in 1995

Lagi berita Pasal kemangkatan Raja Fahd,Baca kat:

1) King Fahd of Saudi Arabia dies
2)World’s reaction to Fahd’s death