Saturday, July 30, 2005

Aku bermadah…

Kekadang
aku sering terfikir dan tertanya-tanya buat apa aku habiskan masa aku untuk menunggu sesuatu perkara yg aku betul-betul tak pasti akan kebenarannya…

Kekadang
Aku sering merenung jauh ke depan dan tertanya-tanya,perlukah aku menunggu dia untuk berubah atau aku hanya membuang masa menunggu dan memikirkannya…

Kekadang

Hati ini gundah bila memikirkan buat apa aku sanggup melakukan pengorbanan kepada orang lain padahal orang itu sendiri tak sanggup lakukan sesuatu untuk kita padahal terus mengharap kita berkorban untuk dia lagi... dan aku mengerti bahawa kita harus menolong seseorang itu tanpa mengharap sebarang balasan dan hanya kerana ALLAH..

Kekadang
Aku sering tertanya-tanya perlukan aku membantu insan ini kerna insan ini hanya datang lantas mengiktiraf akan kewujudan kita pabila dia dilanda kesusahan,namun tatkala berada dalam kegembiraan,kita dilupakan seolah tidak pernah wujud di dunia yang hanya sementara persinggahannya.

Apa jua keadaan sekalipun, aku akan terus menjadi diri aku dan tak akan lagi menoleh ke belakang lagi untuk memikirkan dan menantikan suatu perkara yang tak pasti tiba..

Ku serahkan pada Yang Esa,kerna hanya Dia yang mampu lakukan segalanya termasuk memberi hidayah kepada hamba-hamba-Nya


Friday, July 29, 2005

Lelagi Cape Town

Semalam aku dapat undangan drp Dr. Zaid tuk dtg umah dia...dia buat BBq aa coz ada rombongan dtg dari CApe TOwn..PAkcik Achmat PAtience dtg ke mesia dan akan balik ke sana ari nie...
Aku pun tau pasal undangn nie melalui zihah...tu pun selisih kat depan lab..but tak apa,coz bole makan free...coz standard aa skang tgh kering siot...JPA pun tak masuk gik...katanya masuk awal bulan 8..

aku semalam gik gan zihah,kan and kanot..kroni aku aa masa gik cape town...ckp jek gik memana kat sana...kitaorg mesti gik sesama..
pastu merasa aa naik keta zihah,getz 2 pintu...singaporenyer edition...kat mesia tak de beb..dahtue plat keta dia plat singapore aa...

sampai pun agak lambat...and aku tertanya2 pakcik achmat yg mana ek dtg?
rerupanya,pakcik achmat yg tinggi,yg aku tak ingat nama dia coz maklum aa dah setahun lebih tak jumpa..

dioarang ada gak tunjuk video org2 kat cape town..rindu giler kat diaorang...cam nak gik lagi..
but tak tau aa bila lagi nak pi..budget pun tak menentu...

bila time makan,aku gan kanot apa lg..kotaorg bantai jek apa yg ada...bnyak mknn yang tak abis pun...kalo bole tapau,mmg nak tapau..but segan laks..kang org kata pelahap sgt..

kitaorg stay kat umah dr. zaid pun lama gak..balik jek uia baru teringat presentation evidence

tak siap lagi...

adoih,mati siot kalo tak siap..

terpaksa aa stay semalam sampai kul 3.40 pg tadi tuk siapkannya..

ingatkan nak ponteng jek kelas Civil Procedure...but tak leh aa cam gitu...dah masuk final year dah..tak leh aa buat perangai cam first year dulu...

yg hampagasnyer,bila sampai kat kelas,kelas cancel..kalo tau baik jek sambung tdo kat bilik coz next klas kul 11 pg..but nak buat camana...

tuk presentation nie,aku amik sikit gambaq meertaro gan sempai chung( yg skang tgh exam )


credit tuk dua mamat nie...

ok ek, teman nak gik makan laks nie..

Tuesday, July 26, 2005








Falsafah Cinta Meertaro...ahaks!
Inilah antara falsafah cinta meertaro yang aku amik kat blog meertaro...harap korang dapat menghayatinya dan amik iktibar ek..
Special tribute untuk Bro. Meertaro tuk gegambar dan falsafahnyer..


Monday, July 25, 2005






Ungu Violet


erm...tak lama gik korang akan dapat tgk aa filem indon yg baru...selepas AADC gan Tentang Dia..citer nie sure best aa coz dian berlakon...kat bawah nie aku bagi sinopsisnyer...


Lando (Ricky Hanggono) seorang fotografer yang baru saja ditinggal tunangannya. Dalam kegalauannya ini dia bertemu dengan seorang gadis penjaga ticket busway yang bernama Kalin (Dian Sastrowardoyo). Lando pun kembali menemukan gairah hidupnya. Tapi hal ini tidak berlangsung lama, karena tanpa alasan yang jelas Lando meninggalkan Kalin begitu saja, yang membuat Kalin marah dan sakit hati.
Waktu terus berlalu, Lando yang tetap dengan kegalauannya mendapatkan Kalin sekarang telah menjadi seorang super model, dia melihat kehadiran kalin dimana-mana.
Timbul kerinduan dan keinginan untuk menemui Kalin kembali dan menjelaskan alasannya dulu pergi. Akhirnya kesempatan itu didapatnya, dia berhasil menemui Kalin, tapi lagi-lagi pertemuan ini berakhir dengan tragis karena Kalin mengalami kecelakaan dan mengakibatkan dia buta. Walaupun kemudian Kalin mendapatkan donor untuk kornea matanya yang membuat dia bisa melihat kembali, tetapi dia tidak melihat kehadiran seorang Lando, laki-laki yang sebenarnya sangat dia cintai.
Bisakah Kalin akhirnya bertemu dengan Lando, atau apakah kornea mata itu?? Begitu sempitnya waktu, begitu besarnya cinta !!
Nie laks pelakon2 yg berlakon...
Dian Sastrowardoyo sebagai KalinRizky
Hanggono sebagai LandoRima
Melati sebagai Nenek Kalin
Syarifa Zifa sebagai Erlina
Agastya Kandau sebagai Rudi
Gary Iskak sebagai Riza
Ade Irawan sebagai Nenek Budiati
Titi Qadarsih sebagai Nenek Kartika
Rosaline Oscar sebagai Nenek Wilhelmina
Katinka sebagai Rara
Penampilan Khusus :
Niniek L. Karim sebagai Dr. Astrid
Filem nie akan dtg kat mesia bulan 8 nie aaa...pastu dianyer soundtrack adalah lagu kumpulam padi..skang kat radio pun dah boleh dgr dah lagu nie...
kat bawah nie aku taruk lirik lagu tue aa

Menanti Sebuah Jawaban
Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu...
Seiiring jejak kakiku bergetar
Aku telah terpagut oleh cintamu
Menelusup hariku dengan harapan
(Namun kau masih) terdiam membisu
Reff.
Sepenuhnya aku ingin memelukmu
Mendekap penuh harapanTuk mencintaimu
Setulusnya aku akan terus menunggu
Menanti sebuah jawaban
Tuk memilikimu
Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku
Semoga kau tau isi hatiku
Dan seiring waktu yang terus berputar
Aku masih terhanyut dalam mimpiku
Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu...

Thursday, July 21, 2005

20hb Julai 1988…


Pada ari nie telah lahir seorang bayi perempuan dalam keluarga aku,tapi hanya seketika sahaja kerna dia pergi mengadap Ilahi…

Bayi yang dimaksudkan ialah adik perempuan aku sendiri…

Terasa kejap sahaja masa berlalu…

17 tahun..

andaikata dia hidup di kala ini,mgkn sedang sibuk membuat persiapan untuk SPM…

namun ianya sudah ketentuan ALLAh…

Andaikata dia masih hidup…namanya Nurul Farhana Bt. Bidin…

Bersama doakan agar dia sentiasa berada di tempat yang baik,bersama orang soleh..

Amin…

Friday, July 15, 2005

Ku Mohon

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapanMenjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuranKu doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabarHancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatikuMelalui semua itu...
KuatkanlahCekalkanlah diriku

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Thursday, July 14, 2005

A nice start ? maybe…

Sem 1 baru jek start beberapa ari yang lalu…and as usual ari pertama setiap sem akan ramai student yang sibuk gan add drop…and for me,tak ler sibuk sgt coz everything dah settle..just gik klas jek…

But ari nie…terasa laks nak drop building contract..dan cadangnya nak amik industrial law..nampak cam best jek..ntahlah baru ari nie terbukak ati nak amik industrial law…coz aku malas nak amik building yang terlalu bnyk case..tak terkiranya bnyk nya…nama casenya summer nak dekat2…

Dan bila naik 4th year,baru rasa cam best laks belajar procedura…kalo dok dalam kelas tue,terasa jap jek masa sejam berlalu..ntahlah…ada org kata ini mgkn awal sem jek..but aku harap perkara akan berterusan sampai hujung sem…

Cuma sem nie..aku tgk bebudak lelaki cam berkurang laks dalam kelas…bayangkan dalam setiap kelas,hanya ada 2@3 baris jek bebudak lelaki compared gan bebudak perempuan yg ramai laks…hinggakan kitaorg terpaksa jadik backbenchers laks…

Sem nie gak aku dah tak dok bilik lama dah…mituid gan myraz still there…aku pindah naik satu level,tingkat 4…but kali nie dah tak ada pemandangan menarik dah…kalo dulu bole tgk masjid gan padang…skang tgk bilik org laks..

Dapat roommate baru..razwan.mat jap gan hakim(irk)…ok ler gak bilik tue..Cuma tak cat lagi jek..mgkn sabtu nie kot..

Ari sabtu nie gak, schoolmate aku kawin…Bahij..kawin gan coursemate dia kat Ireland

Bebudak nie ad gak nak gik kenduri dia…coz dkat gak laaa,kat melaka..

Ramai jek schoolmate aku yg dah kerja..bebudak uia jek yg belum kerje gik…

Aku ada lebih kurang 8 bulan gik nak grads…

Bahij, selamat mendirikan rumah tangga…semoga kekal hingga akhir hayat.ahaks!

Saturday, July 09, 2005

sem baru nak start....

ahaks...rasa kejap bebenor cuti 3 bulan nie..rasa cam semalam jek cuti baru bermula...

ahaks...bukak sem nie nak masuk final year dah..bnyk bende yg nak kena fikir nie.. nak fikir pasal kerje,kawin(oppss), byr hutang PTPTN ...pendek kata banyak aa kena fikir..

skang bukan dah zaman main2 cam first year dulu...

aku skang gak agak free from any taklifan..ntahlah cam malas dah nak pegang jawatan gik...

harap2 dpt bole skor di saat akhir nie...

kepada sumer bebudak univ. yg lain,aku ucapkan selamat belajar dan menempuh sem baru...

aduih,sem depan nak kena beli bnyk statute ma....