Friday, September 17, 2004

fidin kembali lagi setelah lama berehat...

1)
Plihanraya kampus baru sahaja berlalu..kepada mereka yang menang dan terpilih untuk menjadi YB,tahniah dan takziah diucapkan kepada anda..harus diingat bahawa di bahu anda telah terpikul satu amanah yang amat berat..tak kiralah siapalah anda,kepercayaan yang diberikan kepada anda harus dipikul dengan sebaiknya.. ini kerna di Akhirat kelak anda akan dipersoalkan akan amanah anda itu.. berbaktilah kepada 'rakyat' anda dengan sebaiknya...
kepada sahabat fidin : suzardi,hawa,ajma, myraz tahniah dicapkan kepada kalian atas pemilihan anda
selamat bertugas sebaiknya..jangan lupa kami di lawsoc..
kami di lawson hanya menunggu masa sahaja untuk pencen dari amanah ini..
semoga kenangan manis bersama kalian akan terus tersemat di hati ini.

2)
hari nie birthday kawan fidin; shahril idris..selamat hari jadi buatnya yg ke 21 tahun..
fidin sudah terputus hubungan dengan dia lebih kurang 3 tahun lebih..semoga di hari ini fidin akan dapat berhubung gan dia..ntah apa citer dia skang ek..semoga dia akan terus bahagia,murah rezeki dan akan sentiasa dirahmati oleh ALLAH..amin..

Saturday, September 04, 2004

Kepada mereka-mereka yang berkenaan,semoga apa yang dipaparkan ini dapat menjadi pedoman dan petunjuk dalam melayari kehidupan seharian


8 Petanda Dia Adalah Soulmate(Jodoh) Kamu..

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan
emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah-olah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh(soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar.Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, SELAMAT... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja didepan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya menunjukan apa ada padanya?
Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lain pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu
faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...


Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu
perlihatkannya pada sidia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk'
didepannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat ditangannya dari pada
ditangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu ketemu!!!!!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu laluinyaaa? Tepuk dada tanya hati.......